Friday, September 27, 2013

Belum ada mood nak menulis

assalamualaikum...

Bertemu lagi kita pada kali ini. Biarpun still tak ada mood nak mengarang tapi paksakan diri untuk update blog ni. Boleh dikatakan lebih tiga bulan tak update blog. Okay takpe...nanti bila mood mengarang tu datang, insyaallah aku update berita terkini lagi sensasi pasal kejadian-kejadian yang lepas

Monday, May 27, 2013

Kesimpulan Sahaja

assalamualaikum...

Rasanya dah berbulan tak update blog sendiri. Tapi hari-hari aku blogwalking okay. Bila nak post entry baru time tu lah idea tak ada dan bila dah tutup lappy pulak...mencurah-curah idea nak tulis. By the way, entry kali ini aku just nak update pasal cerita suka-duka sebelum ini.

1. PRU 13

Isu ni paling hangat sekali. Sampai ada yang bergaduh, putus kawan dan segala bagailah. Aku pun ada jugak bertelagah dan ada pendapat berbeza pasal politik ni. Aii maklumlah aku kan dah dah cukup umur untuk mengundi. Tak dinafikan, masing-masing ada pendapat sendiri tentang parti mana yang diorang sokong. Aku pun macam tu jugak. Apa yang aku sokong tu...biarlah rahsia ye..yang penting PRU13 ni pun dah selesai walaupun ada benda yang kurang enak banyak berlaku. Dalam hal ini, aku pernah berselisih pendapat dengan salah seorang sedara aku sendiri. Bagi aku, walaupun kita ni satu keluarga yang besar, tak bermakna setiap orang dalam keluarga tu ada pendapat yang sama kan. Bak kata orang dulu, "rambut sama hitam tapi hati lain-lain".Jadi professional, jangan jadi budak-budak.

2. TEST 1

Alhamdulillah semua TEST 1 untuk subjek semester ni semuanya dah settle, kecuali subjek FIN538 je yang tinggal. By the way, semester ni agak mencabar sebab ada a few subject yang agak tough dan dicampur tolak bahagi dengan attitude lecturer bagai. Sangat sakit kepala. Tapi itulah pengorbanan untuk berjaya kan. Semester ni ada jugak yang aku sengaja skip kelas. Semester ni rasa macam malas sangat nak pergi kelas. Padahal kelas start pukul 10 pagi sampai 12 tengah hari. Kemudian pukul 4 petang sampai 6.

3. CUTI GAWAI

Student UiTM diberikan seminggu cuti sempena Hari Gawai. Bila mood cuti, semuanya rasa heaven sangat. Assignments dan task tolak ketepi. Yang diutamakan ialah tengok TV, outing dengan kengkawan sekolah dulu. Rasa macam dunia ni aku yang punya. Bila cuti dah nak habis, baru rasa cuak rasa risau sebab lepas cuti ni berderet-deret assignment, task, quiz dan TEST ada. Boleh dikatakan next week ni hari-hari ada test. Boleh pengsan cenggini punya gaya tough. Sebelum cuti, excited sangat buat notes apa yang perlu buat masa cuti ni. Tapi sekarang notes tu entah kemana. Silap-silap aku dah buang apa...

Aku stop sampai sini dulu. Kalau aku rajin aku update lagi  :)

Wednesday, February 13, 2013

Bila Memandu Kereta...

Assalamualaikum...

Setiap orang yang memandu kereta mesti ada tabiat atau habit tersendiri. Macam aku, aku adalah seorang manusia yang cepat hilang fokus bila berada dalam keadaan yang agak kecoh, agak bising.

Sebab tu, kalau aku tengah drive, aku tak berapa suka dan tak berapa gemar nak berborak-borak dengan penumpang sebab aku takut lost control. Bila pemandu lost control, macam-macam perkara buruk boleh jadi.

Kalau pemanduan tu untuk jarak yang dekat, aku prefer dengar radio daripada dengar lagu dari CD. Kalau untuk pemanduan yang berjarak jauh pulak, aku lebih gemar dengar lagu dari CD sebab aku cukup tak suka dengar iklan yang panjang dalam radio. Kebanyakan lagu dari CD tu semuanya lagu yang aku suka dan aku ingat lirik lagu tu. Bila menyanyikan lagu kegemaran semasa drive, lagu tu boleh buat aku fokus dan tak mengantuk sebabnya aku pun nyanyi sekali..

One more thing, aku cepat rasa mengantuk kalau drive lama-lama. Lagu kegemaran memang memainkan peranan yang penting bagi aku. Bila dengar lagu kegemaran, aku rasa macam fresh, enjoy drive lama-lama. 

    sumber : internet

P/S :-
1. Petang semalam pergi Queensbay Mall, aku jumpa kereta Hummer warna putih. Aku start minat dengan Hummer bila tengok CSI Miami

2.Those penumpang kereta yang tak suka tabiat aku ni, harap korang faham ye. Kereta ni kereta aku, lagu tu lagu kegemaran aku. Salah ke kalau dah besar panjang macam ni dengar lagu High School Musical. Aku pun ada hak nak dengar lagu apa yang aku suka and aku pun ada hak jugak sama ada nak bukak radio atau pasang CD. Kereta aku, Hak aku..Sekian..