actually problem yang yang teramat serius ni telah melanda aku sejak dari zaman kanak-kanak lagi. so, apa sebenarnya masalah aku ni. eermm sebenarnya mak aku bukan orang Malaysia ( mak orang thailand) or lebih tepat dikatakan ialah bukan bumiputera...tapi bapak aku orang Malaysia, asal Perak taw.
dari sekolah rendah lagi, bila cikgu mintak fotostat IC mak ngan bapak aku, lepas tu mesti cikgu panggil aku suruh jumpa dye balik. sebab ape? sebab cikgu nak tanya tentang mak aku. aku pun cakap lah yang mak aku bukan orang Malaysia but bapak aku orang Malaysia. and sometimes cikgu ingat mak bapak aku dua-dua orang Thailand. gila apa kalau orang Thailand boleh keje polis kat Malaysia. excuse me!!!! diingatkan sekali lagi yang aku ni orang Malaysia sebab bapak aku pun orang Malaysia lah..
waktu aku darjah 5 lagi best beb, orang lain dapat pinjam buku teks but aku, sekolah tak bagi pinjam. alasannya - mak awak bukan orang Malaysia..apa kes ni..bukan ke semua warganegara Malaysia layak untuk meminjam buku teks secara percuma...waktu tu memang rasa macam nak menangis r. balik2 je rumah terus aku cakap kat bapak aku yang aku tak dapat pinjam buku teks. lepas dengar tu, bapak aku apa lagi, angin satu badan. so, esoknya, bapak aku g jumpa pengetua and talk about this matter. lepas je bapak aku g mengadu kat pengetua, barulah aku dapat pinjam buku teks.
actually bukan aku seorang je ada masalah ni, member aku pun sama gak. mak dia orang singapore but bapak dia orang Malaysia. ada waktu yang aku rasa kiteorg ni disisihkan oleh pihak sekolah..contohnya, cikgu siap wat annoucement lagi 'sekiranya ibu atau bapa bukan orang Malaysia, sila masuk ke kelas semula, ceramah ni khas untuk student yang ibu dan bapa mereka warganegara Malaysia sahaja'.. aargghh seyesly tension gila.. so bila dengar camtuh, kiteorg rasa macam tak puas hati, kenapa nak buat sampai macam tu..so aku pun pergi lah cakap kat cikgu yang mak aku je bukan orang Malaysia tapi bapak aku orang malaysia..pastu cikgu pun wat bodoh je. aku pun lepas tuh terus masuk kelas. lagi best duk kat kelas, boleh conteng2 papan hitam, main kapur and salin lirik lagu..
so bila dah masuk sekolah menengah hal-hal yang macam ni dah tak timbul lagi. but, masalah lain pulak yang ada. kan kampung mak aku kat Thailand, so dah confirm2 lah yang aku memang akan bawak makanan atau barang-barang dari Thailand balik kat Malaysia. barang yang selalu aku bawak contohnya macam biskut-biskut, air kotak, air mineral, baju and lain-lain lagi. so satu hari tu, aku bawak lah biskut dari Thai ni kat sekolah, then aku pun offer lah kat kengkawan, but then diorang tanya "biskut ni halal tak?". hello!! kalau tak halal, aku tak makan lah beb. aku still lagi taw perkara halal haram dalam Islam lah.
mengikut research, agama Islam di Thailand bukanlah agama majoriti but rata-ratanya penduduk di Thailand beragama Buddha..so, apa yang aku taw, isu "HALAL" di Thailand memang ketat dan sangatlah sensitif. setiap logo "HALAL" hanya akan diluluskan untuk diletakkan di produk-produk oleh majlis agama tertinggi Thailand selepas pihak mereka melakukan siasatan terhadap produk tersebut yakni empunya produk tersebut mestilah beragama Islam. majlis agama tertinggi Thailand memang menitikberatkan isu "HALAL". selama aku duk balik Thailand, tak pulak dengar citer tentang produk yang haram tetapi sengaja diletakkan logo halal.
but then, kalau di Malaysia, aku rasa dah banyak kes2 tentang produk yang menggunakan ingredients yang haram tetapi boleh lepas dapat logo "HALAL". macam mana erk boleh jadi camni????? LU PIKIR LAH SENDIRI...
so, berbalik kepada permasalahan aku tadi, ada jugak member aku yang dah taw about this, yang tak taw lagi tuh satu hal plak. so this is a FAQ's regarding this matter...
Q: "eh, mak ko orang Thailand erk?"
A: ya, mak aku orang Thailand, tak kan tak reti baca kowt warganegara mak aku kat dalam salinan IC tuh. Dah terang2 punya gedabak perkataan "THAILAND" kat situ.
Q:"bila mak ko masuk islam?"
A: mak aku memang dah keturunan Islam lah
Q: "makanan ni halal ke?"
A: of course lah halal, kalau tak halal, aku tak makan lah
Q:"mana ko taw makanan ni halal ke tak?"
A: ko dah buta erk, kan ada logo halal kat situ
Q: "ko ni pandai2 jew cakap halal, kalau tak halal ,macam mane?"
A: excuse me,tak pernah wujud lagi tentang isu ni kat Thailand ok, ko ingat senang2 ke majlis agama tertinggi Thailand nak luluskan pakai logo HALAL kat produk ni. diorang buat research dulu erk. abis tuh, ko pikir Malaysia ni straight sangat ke tentang penggunaan logo HALAL ni. kan ada banyak produk yang haram but guna logo HALAL tiruan sesuka hati. so sebelum ko nak kutuk negara orang lain, tengok dulu negara sendiri erk.
Q:"mak ko orang Thailand kan, mesti mak ko guna bomoh waktu nak tackle bapak ko kan. selalunya aku tgk orang Thailand klo kawen dengan lelaki dari negara lain diorang mesti guna ubat2 dari bomoh siam. then, selalunya perempuan Thailand yang miskin jew akan kawen dengan dari negara lain?"
A: so sekarang ko ingat ingat mak aku kawen dengan bapak aku sebab mak aku guna bomoh lah ni. hello!! ini jodoh lah, ketentuan Allah S.W.T. kita tak ada hak nak pertikaikan tentang benda ni. jadi ko ingat mak aku ni miskin sangat lah sampai nak kena kawen dengan lelaki dari negara lain. mak aku datang dari keluarga yang berduit lagi berharta ok. and one more thing, kalo perempuan Malaysia kawen dengan lelaki dari negara lain tak jadi isu pulak kan!!!and lagi satu, ada jugak perempuan Malaysia yang sanggup jumpa bomoh semata-mata nak mencapai kebahagiaan sendiri dengan memecah-belahkan keluarga orang lain .. sekali lagi LU PIKIR LAH SENDIRI...
aku sebenarnya, bukanlah selalu berpihak kepada Thailand sahaja, memandang Thailand dan Malaysia adalah kampung aku, so aku perlu adil..kedua-dua negara ni masing-masing ada pro ada kontranya. so kita yang ada otak ni, pandai-pandailah nak menilaikannya..
No comments:
Post a Comment