assalamualaikum....
ya..sekarang ni aku sudah dijangkiti virus dangerous iaitu penyakit M. penyakit M atau nama lain adalah satu penyakit yang amatlah serius lagi berbahaya untuk sesiapa sahaja yang hidup di muka bumi ini. kesan penyakit ini akan membuatkan badan anda tidak bermaya, letih then baring2, golek2 sambil layan drama korea. kemudian, segala jenis nota atau buku tidak akan disentuh melainkan kalau esok ada exam. virus M juga amatlah sensitif kepada segala jenis pen, pensil, kalkulator mahupun buku. tetapi, alhamdulillah sekarang penyakit M saya kembali sembuh apabila mendengar suara parents membebel sebentar tadi melalui handphone. suara bebelan itu boleh didengari dari jarak kira-kira 2 kilometer. ini kerana parents saya telah mengeluarkan segala perkataan, bebelan dan ke'angry'an dengan menggunakan volume suara yang paling kuat sekali di dunia. oleh itu, telinga saya sebentar tadi menjadi panas kemudian bertukar menjadi merah akibat mendengarinya..
dengan itu, saya akan cuba mencari ubat yang terbaik untuk memulihkan penyakit berbahaya saya ini. walaupun proses penyembuhan amatlah perlahan, but at least saya dah cuba sebaik yang mungkin.. peperangan di antara saya dan kertas exam akan bermula pada 21 April ni. walaupun dari sudut fizikal, paper exam nampak seperti tidak berbahaya, tetapi effect paper exam kepada mental amatlah dahsyat sekali. ini kerana, paper exam akan membuatkan anda lingkup dalam exam then akan memaksa anda untuk mengulangi subject itu sekali lagi. mahukah anda melihat kembali subject yang telah membuatkan anda kalah dalam peperangan buat kali ke-2. semestinya tidak kan...oleh itu, saya akan cuba berkawan baik dengan buku dan juga compilation of past year untuk men'tackle' exam paper pada hari peperangan dijalankan..
kepada semua kengkawan yang mula dijangkiti virus ini, segeralah mencari penawar agar virus ini tidak meresap sepenuhnya ke dalam tubuh anda. apabila ianya sudah meresap 100% dalam tubuh badan anda, confirm2 ianya memang sukar untuk dipulihkan...segeralah berdoa kepada Allah s.w.t agar anda dilindungi daripada penyakit ini. selain itu, mohon juga restu dari parents anda terutamanya EMAK..kerana doa seorang EMAK sangat ajaib dan akan termakbul...
nota kaki: Penyakit M ini adalah "PENYAKIT MALAS"

jgn malas2...
ReplyDeleteutk kebaikan ikin gak ni
dun try your best
but DO THE BEST
jgn lupe solat dan doa
insyaallah kak yang..btw thanks for the advice..
ReplyDeletecayang kak yang so much lah..
nanty kite jumpe erk