Thursday, April 14, 2011

apa kaitan TIKUS dengan BILIK aku kat KAMPUS ni

assalamualaikum...

yup..di saat ini aku cuba untuk menulis seberapa banyak entry yang boleh...best doh tulis banyak-banyak kat blog ni. at least boleh gak lepaskan gian dan tension..so tajuk kali ni adalah "apa kaitan tikus dengan bilik aku kat kampus ni"..nape erk aku pilih topic ni, coz kat rumah aku sekarang ada banyak tikus weh....kolej yang aku stay sekarang adalah kolej yang paling tua di UiTM Arau, Perlis...so nama kolej aku ni BERINGIN..kolej beringin ini lain pada yang lain disebabkan semua kolej-kolej di dalam kampus ni semuanya bertingkat tetapi kolej beringin lebih kepada bentuk rumah teres 1 tingkat. so 1 rumah ada 2 bilik and ada 8 orang penghuni..


kolej yang aku stay ni memang best giler coz kadar keberangkalian untuk berebut tandas dan bilik mandi adalah sangat sedikit. then, kalau tengok citer hantu tak payah nak risau dan takut-takut lagi coz tandas dalam rumah je. kalau sebelum ni aku stay kat kolej yang bertingkat-tingkat memang tak kan kuar ke bilik air selepas pukul 12 malam. kalau tak tahan sangat baru lah kejutkan roommate aku...




jadi, memandangkan kolej yang aku stay ni paling tua, memang banyaklah haiwan yang digelar tikus berlambak kat area ni. kadang-kadang aku tengah layan facebook dengar tikus-tikus berlari berkejaran kat atas siling rumah..kadang-kadang kalau duduk dalam bilik sorang-sorang memang cuak jugak lah bila dengar sound effect dari aksi berkejaran itu...semester lepas aku memang letak maggi perisa kari, milo fuzz, biskut, balang gula kat rak di ruang tamu..lepas tuh aku perasan yang maggi aku makin lama makin sikit, lepas tuh gak ada kesan gigitan dekat plastik biskut...bila stok makanan aku mula dicemari aku pun terus buang semua makanan yang ada kesan gigitan..yang mana belum dicemari aku simpan dalam locker...




then, ada gak buku teks dan manual yang kenan gigit dengan tikus. aku tak sangka betul yang tikus akan masuk dalam kotak buku pastu gigit dan kencing..aku mula-mula memang tak perasan sebab aku tengok kotak tu elok je. tak ada langsung kesan diceroboh,,check punya check, rupa-rupanya tikus tuh g tebuk lubang kat belakang kotak. patut lah aku tak perasan. dasar cerdik dan pandai nye tikus..so, yang buku mana yang dah rosak aku terus buang coz bau kencing tikus..makk aiii menusuk ke kalbu..




tapi aku paling kesian dengan housemate sebelah bilik aku je, abiz baju diorang dalam bag kena gigit..aku pun hairan macam mana lah bag yang tebal tuh diorang boleh gigit..memang gigi tikus terbaik dari ladang....bila masuk semester ni, aku dah makin  pro nak berhadapan dengan ancaman tikus. semua stok makanan dan buku aku letak kat atas katil yang kosong..alhamdulillah, wat masa ni tak ada lagi masalah..tapi aku kesian sangat-sangat dengan jiran sebelah bili..tikus tu rajin sangat menumpang kat bilik diorang, kadang-kadang dalam pukul 3 pagi dengat jiran aku jerit-jerit separuh mati coz tikus 2 ekor masuk bilik siorang..pastu semua barang-barang diorang tumpang simpan kat bilik aku..tuh lah lain kali bilik tu kemas betul-betul..jangan nak berselerak je..mana lah tikus tuh tak masuk bilik korang coz bilik korang aku tengok macam sarang tikus je..kemaskan sikit..bila dah banyak ruang dalam bilik korang, sure tikus tak kan masuk lagi sebabnya dia dah tak ada tempat nak beranak pinak..


nota kaki :- make sure bilik dan locker korang sentiasa kemas dan bersih untuk mengelakkan haiwan yang tak sepatutnya datang-bertandang menginap di bilik mahupun di locker korang..harap maklum...peace yaw..

No comments:

Post a Comment