Saturday, April 30, 2011

Kejadian Pagi Tadi

assalamualaikum....


mood sekarang : layan lagu OST secret garden...

kejadian yang berlaku pada pagi tadi memang menyakit hati aku. so, now aku nak cerita kenapa aku sakit hati sangat-sangat ni.. hari Rabu, housemate aku pergi pejabat kolej untuk buat tempahan nak buat clerance untuk hari Jumaat (semalam)..then, dalam pukul 10 pagi hari Jumaat (semalam), mak cik kolej ada untuk check keadaan rumah..aku ingat mak cik ni okay and sporting lah..rupa-rupanya..berlagak macam diva..


kejadian tu berlaku waktu aku tengah syok-syok basuh baju kat bilik air. dari dalam bilik air, aku dah dengar mak cik kolej tuh bising-bising and membebel kat housemate aku. bila dah dengar macam tuh, aku pun cepat-cepat keluar dari bilik air and terus pergi kat ruang tamu. aku tanya mak cik tuh...

AKU: kenapa ni mak cik, ada problem ke dengan rumah kiteorang?
M.Kolej: rumah kamu bersepah, kipas ada sawang, tingkap dengan netting tak bersih.
AKU: huh? ada sawang? mana ada mak cik. kami dah cuci kipas sebersih-bersihnya..mak cik nampak kat mana sawang tuh..
M.Kolej: saya ada nampak sikit sawang terselit dekat dengan besi kipas...
AKU: ala normallah mak cik..habis tuh sekarang kami tak boleh nak sign ke?
M.Kolej: saya takkan bagi kamu sign kertas ni selagi rumah kamu tak bersih..
AKU: nak bersihkan apa lagi..rumah kami dah cukup bersih ni mak cik..bilik air dengan toilet tak nak check ke?
M.Kolej: kat ruang tamu dengan bilik tidur pun dah sepah, bilik air dengan toilet lagilah kotor kot..
AKU: mak cik tak check lagi mana mak cik nak taw...


pastuh, mak cik koleh blah dari rumah aku and pergi check rumah lain..aku dengan housemate aku yang lain apa lagi, bising lah..tak puas hati betul dengan mak cik tu...dah lah berlagak cam diva, poyo plak tuh..tension siot dengan orang macam ni...pastuh bincang balik dengan housemate, so kiteorg agree nak buat clearance sekali lagi..pukul 10 malam, baru start nak buat clerance lepas housemate aku yang lain balik dari kedai makan..bersihkan netting, tingkap and lantai sekali lagi...and kalau for the next checking still tak boleh jugak nak sign paper tuh, memang aku akan blah dari UiTM macam tuh je..nak denda, denda lah..apa ? mak cik tuh ingat keje kiteorg nak bersihkan rumah je ke. kiteorg pun ada keje lain jugak nak buat..ingat kiteorang ni dah abiz exam apa...penat siot..dah lah tadi pergi angkut kotak-kotak nak simpan kat dalam stor..nasib baik tak berat sangat. berat tak berat pun, pinggang ni huh macam nak patah je..

2 comments:

  1. ish kerek nyer mak cik kolej tu...
    aku clearance kat sini (uitm penang).....
    anta surat ngan kasi kunci jer....
    die tak dtg pun cek bilik....hahahaaa....

    ReplyDelete
  2. taw x pe weh..mak cik siap cakap lagi yg dye nak dtg check bilik tuh wat kali ke-3 ari selasa.kalau tak ada perubahan gak...sem depan kene bayar denda rm20

    ReplyDelete