assalamualaikum...
actually aku dengan family pergi kat Lata Mengkuang dalam bulan yang lepas. ingatkan dah update pasal Lata Mengkuang ni at that time tapi kan aku ni busy mengalahkan perdana menteri so baru ari ni ada masa nak citer about experience aku pergi kat Lata Mengkuang. aku pergi Lata Mengkuang after aku pergi usyar-usyar kat Ladang Anggur Tasik Beris. sebenarnya tak expect pun nak singgah kat Lata Mengkuang. but bila tengok signboard Lata Mengkuang kat tepi jalan, teringin pulak nak pergi tengok. waktu sampai kat sana, orang tak berapa ramai sangat sebabnya aku pergi hari ahad. hari ahad kan orang-orang kat Kedah sekolah and kerja. cuma ada beberapa sahaja manusia yang ada kat situ. ada yang tengah mandi and ada jugak yang tengah barbecue.. so lepas dapat spot yang telah dipilih oleh ayah aku. duduk jap, buka keropok makan, bukak air tin coke pastu minum bagai nak rak after penat turun tangga . then tolong mak aku tukarkan baju untuk adik-adik aku coz adik2 aku nak mandi pulak. nasib baik bawak baju spare. kalau tak, alamatnya korang kena mandi pakai spender je larh...adik bongsu aku tuh malu sikit nak pakai seluar pendek bila mandi kat tempat awam. puas jugak mak dengan ayah aku bebel suruh dia mandi pakai seluar pendek je. at the end, adik aku tuh mandi pakai seluar pendek yaw lepas mak aku bagi jelingan laser.. aku pulak memang tak mandi sebabnya aku ni agak phobia dengan air...setakat mandi kat tepi-tepi tu okay lagi tapi jangan suruh aku mandi kat tengah-tengah.
tempat ni memang best untuk beriadah. air sungai yang memang sejuk..tempat parking kereta pun banyak..aman dan damai..berangin...pe2 pun..tempat ni memang terbaek kalau nak pergi berkelah
cakap pasal phobia dengan air ni, aku memang dah lama tak pergi mandi kat laut. waktu kecik-kecik relax je mandi tapi bila start darjah 5 aku dah memang takut nak mandi air laut. coz aku penah tengok citer jaws and piranha at that time kat tv..bila nak mandi laut je memang teringat. even sampai sekarang pun aku still lagi teringat macam mana ikan jaws and piranha tuh gigit orang..huhuhuhu cuak beb...
No comments:
Post a Comment