Wednesday, July 20, 2011

Mid Semester Break

assalamualaikum...

mood: kekenyangan setelah selamat melantak, membaham, mencekik, menelan dan memakan banyak durian dengan pulut..sedap seh..


sekarang ni dapur kat rumah aku penuh dengan durian. ada durian musang king dengan king kunyit. tapi aku rasa king kunyit lagi sedap kowt..sedap rasanya ada kelat-kelat sikit. isnin lepas aku mencekik durian king kunyit 2 biji sampai aku termuntah-muntah sebab perut dah full-loaded. buat masa sekarang ni aku tak boleh nak pergi ber'enjoy' dengan kengkawan sebab wa busy sangat taw..aku sibuk duk tolong mak aku siapkan order catering and so on.  hari jumaat ni insyaallah aku nak pergi jumpa kengkawan aku semua. kejap lagi dalam pukul 5 pagi dah nak kena bangun nak siapkan semua tempahan catering. nak masak nasik hujan panas, ayam masak merah and daging masak hitam with acar rampai sikit. lepas tu, baru boleh sambung tidur balik..hari khamis plak nak kena teman adik aku tengok citer harry potter. hope dapat tengok lah..then, hari isnin lepas jugak, aku dengan adik aku pergi tengok citer transformers..best giler. waktu tengok memang tak sempat nak kelipkan mata sebab terlalu asyik sangat tengok citer tuh. tak sia-ia aku bayar tiket 9 hengget. actually nak pergi tengok yang 3D punya, tapi yang 3D tak de waktu pagi. cuma ada waktu petang dan malam je. so nak buat camne terpaksalah ambik yang biaa je. yang biaa pun dah cukup gempak bagi aku. overall memang puas hati sangat. berbaloi-baloi tengok transformers 3..


ada banyak lagi plan untuk mid sem ni yang tak tercapai lagi..tutorial MKT online tak buat lagi. subject FAR, TAX and MAF tak study lagi. isnin depan ada test..macam tak sempat je nak study ni.apa-apa pun cuti mid sem ni kira enjoy r jugak sebab dapat tengok 2 citer yang wayang..

No comments:

Post a Comment