assalamualaikum...
di saat ini ada masa terluang so lebih baik update blog kan. buat masa sekarang, aku still belum lagi nak layan lagu raya. tapi boleh dikatakan semua classmates aku dah sibuk layan lagu raya. pantang je lecturer keluar awal, masing-masing sibuk nak pasang lagu raya. by the way, aku pun join dengar sekali. tapi tak ada lar sampai begitu obses. Hari Ahad lepas, aku dengan member aku pergi shopping kat C-Mart Arau. so banyak juga benda yang aku beli contohnya macam pen biru, pen hitam, getah ikat rambut, paper cup (nak buat apam polka dot), chocolate rice and that's all. aku beli paper cup kat C-Mart's bakery sebab harganya berpatutan, design cantik dan memang saja-saja aku menggatal nak beli benda tuh. bukan tak boleh beli kat Penang. kalau korang nak tahu, kedai jual barang-barang nak buat kek betul-betul kat belakang rumah aku. tapi malas lah nak jerit-jerit macam orang gila semata-mata nak beli tepung gandum 1 kg or paper cup . seriously bila balik rumah je, aku jadi macam malas semacam. nak berjalan pergi pasar pun macam malas je. aku sanggup membazirkan minyak motor nak pergi pasar padahal pasar tuh kalau jalan kaki tak sampai 10 minit dari rumah aku.
esok cuti sempena nuzul al-quran. walaupun "cuti" tapi aku tetap tak boleh nak merasai keenakkan "cuti" itu. esok aku ada banyak benda lagi yang nak di'settle'kan. nak discuss pasal forum BEL 313 untuk hari Khamis ini dengan group member, nak siapkan tutorial FAR 300 dan nak siapkan material untuk presentation MAF 320, nak basuh baju, nak kemaskan locker yang dah macam tongkang pecah, nak kemas bilik, nak gosok baju and banyak lagi lah. nak citer pun susah sebab banyak sangat benda nak buat esok.
malam semalam aku tidur lambat. masuk bilik nak tidur pukul 4 pagi. nak cakap aku study tak jugak. dah memang semalam tak boleh tidur, nak buat macam mana. so, tak nak membazirkan masa pusing kekiri dan kekanan kat katil, lebih baik aku buat benda yang berfaedah sikit. so, dengan rajinnya aku buat short notes untuk subject MKT 243 , lepas tuh gosok baju kurung sekali harung untuk 6 pasang. lepas dah buat semua tuh, baru rasa mengantuk. then tidur, pukul 5 pagi bangun balik sebab nak sahur. pagi tadi sahur pun just minum air kosong dengan roti coklat kismis 2 keping. lepas tuh, sambung tidur balik lah..pukul 6.45 bangun balik sebab nak solat subuh, mandi, then bersiap nak pergi kelas.
tadi masa kat bazar ramadhan nak beli juadah untuk berbuka aku perasan something yang pelik kat bahagian belakang. rupa-rupanya bekas menteri besar perlis datang kat bazar ramadhan. dengan hati yang baik, semua makanan waktu tuh semuanya free. bila dah free, aku pun sempat gak sauk 2 keping apam balik dengan air kekwa. nak ambik makanan yang lain, segan pula. but at least, jimat juga duit aku untuk hari ini. maybe hari ini rezeki yang tuhan nak bagi dekat student UiTM Perlis. alhamdulillah...thanks a lot to Datuk Shahidan Kassim sebab belanja kiteorg tadi...
No comments:
Post a Comment