assalammualaikum...
pejam celik pejam celik, semester kali ini pun dah nak habis. tinggal berapa hari lagi untuk melangkah ke alam peperangan dan perjuangan (final exam). final exam aku start hari selasa depan. tapi still lagi aku boleh layan movie korea, layan anime detective conan tanba sebarang kerisauan. tipulah kalau cakap aku tak risau pasal final. cuma pressure untuk aku study belum sampai lagi. sekarang 10 % persediaan yang baru aku buat untuk menghadapi final ni. paper yang pertama untuk final ialah subject TAX (taxation). actually aku tak berapa minat sangat dengan subject ni. banyak sangat calculation yang nak kena buat. kena hafal banyak formula, nilai yang nak kena exempt dalam pengiraan cukai, total relief dan sebagainya.. but lucky, this is not really a killer subject. aku harap aku akan dapat buat yang terbaik untuk paper ni.
paper kedua untuk final pulak ialah subject LAW. aku dari dulu memang minat dengan subject LAW. tapi itu cerita last 2 semester. subject LAW untuk semester macam kureennggg sikit. walaupun cuma ada 3 chapter je, tapi susah betul aku nak hafal contoh-contoh kes, akta, section. sebab tuh test 1 dan test 2 aku buat ala kadar je. just hope kepada takdir supaya aku dapat carry mark yang bagus.
paper ketiga untuk final pulak ialah subject MKT (marketing). subject ni subject yang membaca. bila dah membaca maksudnya korang kena hafal semua benda yang ada dalam buku teks untuk jawab final. bagi aku senang je, sebab aku mudah menghafal something. anyway, result untuk test 1 dan test 2 semuanya okay. alhamdulillah..amin..online tutorial pun tak pernah lagi tak buat. presentation pun dah buat sebagus yang mungkin.
paper keempat untuk final pulak subject MAF (cost accounting). mula-mula aku ingat subject ni susah sangat. bila aku dah selongkar sedalam yang mungkin. subject ni tak susah dan tak senang. kiranya macam sederhana gitu..mula-mula aku buat tak tahu je sebab malas nak study. aku adalah salah seorang daripada golongan yang mudah mendapat bad impression bila tengok soalan. padahal soalan tuh mintak benda yang senang je pun. one more, aku malas nak berfikir...quiz 1 dan quiz 2 teruk banget..sebab aku buat main-main dan tak serius. last-last padan dengan muka aku sendiri.
last but not least, paper yang terakhir untuk semester ini ialah very the killer subject iaitu FAR(account)..result untuk test 1 just cukup-cukup makan je. nasib baik tak fail, sebab ada soalan yang tak siap jawab. kalau jawab pun, jawapannya tak berapa nak sempurna sangat. test 2 pulak, memang confirm hancusss dan fail kot. tapi before tu, aku dah buat back-up plan untuk mencover carry mark supaya tak teruk sangat. plan tuh adalah, siapkan assignment sebagus yang mungkin, siapkan semua assignment jawapan past year dengan selengkapnya dah hantar kepada lecturer before due date.. aku buat semua tuh dengan bersungguh-sungguh taw. harap semua usaha aku tuh berbaloi hendaknya
gud luk..:)
ReplyDeletethanks kak mai
ReplyDelete