Tuesday, September 20, 2011

A Little Thing Called Love

assalamualaikum...


filem ini adalah filem dari negara jiran kita iaitu Thailand. sebenarnya, kawan aku yang suruh aku usyar trailer filem kat youtube. tapi aku buat malas je sebab aku ingat maybe cerita tak best kot. then, kawan aku yang tersangatlah rajin pergi download filem ni  kat youtube lepas tuh dia bagi aku suruh tengok. mula-mula aku tengok-tengok macam tuh je lah. tak lah berapa nak fokus sebab selalu forward banyak kali. bila dah habis tengok filem ni dalam masa 15 minit. tiba-tiba terdetik hati aku tengok dengan filem tanpa ada sebarang forward mem'forward'. bila dah habis tengok filem ni, baru aku bersetuju dengan kebenarannya iaitu filem ni best weh..best sangat-sangat. aku tak tipu. kalau tak percaya boleh pergi tengok kat youtube. hero pun hensem macam Siwon (super junior). heroinnya pulak, cantik giler.


filem ni kan lima kali aku tengok, lima kali tu jugak lah aku menangis. kalau korang yang tengok, aku tak tahulah korang rasa macam mana. bohonglah kalau tak rasa sikit pun feeling sedih. memandangkan aku ni orangnya sensitif, kalau nak tengok filem ni lagi, mesti ada tisu or sapu tangan kat sebelah. kalau tak, lengan baju lah jawabnya aku buat lap air mata ni. aku bagi filem ni full marks. 5 STAR

No comments:

Post a Comment