assalamualaikum...
minggu lepas, banyak giler benda nak kena buat. alhamdulillah nasib baik dapat group member yang memang sempoi habis. so semua benda tu dapat disiapkan dalam masa yang telah ditetapkan. korang memang rocks babe :)
untuk subjek ETR 300, hari tu aku kena perform lagu dengan group member dalam kelas. nasib baik waktu tu kelas tutorial so tak campur dengan group yang lain. kalau campur dengan group lain...eermmm malunya nanti budak lelaki gelak. walaupun nyanyian group aku agak sumbang banyak, by the way, kiteorang puas hati sesangat. walaupun buat last-last minute.
then, at that time jugak, lecturer ETR 300 bagi projek. dan projek tu kena siapkan dalam masa 1 jam sahaja. bapak menggelabah giler waktu. so memandangkan bilik aku dan dua member lagi dekat je dengan bilik tutorial, then, cepat-cepat balik bilik dan ambik semua barang-barang yang nak digunakan,
actually projek hari tu ialah kiteorang as a wakil dari produk "orang kampung" kena mempromotekan produk 'orang kampung" supaya mendapat tender projek di "watson". so kiranya, kalau kiteorang berjaya memuaskan hati wakil "watson" tu, kiteorang dapatlah jual produk "orang kampung" kat dalam "watson".
dalam projek ni semua produk mesti ada logo "orang kampung". setakat masa yang ada cuma 1 jam je, mana ada masa nak print out label, pamphlet and so on. jadi nak cepat siap, buat semua ni guna tangan. just ambik paper A4 , lepas tu lukis logo guna tangan
nak tahu, kelam kabut aku balik bilik ambik pencuci muka safi, bedak sejuk gamat resdung yang aku beli kat langkawi, coffemix 3 in 1 pinjam dari roommate, salonpas..etc.. lepas tu, terus tukar label guna fake logo "orang kampung"
'sihat semulajadi' tag untuk produk ni..macam poyo je..lepas tu, kena nyanyi lagu jingle untuk produk ni pulak..banyak kerja betul :( ..masa nyanyi tu kan, nak gelak pun ada sebab...eermmm...lu pikirlah sendiri
berselerak betul meja waktu tu..angry bird tu saja je nak mencelah. aku suh duduk dalam sangkar tak nak. sibuk je nak keluar
overall, semuanya okay dong...masing-masing puas hati. bayangkan dalam masa 1 jam sahaja, group aku berjaya menyiapkannya. lepas ni, kena buat balik projek yang sama, tapi kali ni kena guna label yang betul dan kena bukak booth weh..hope everything's gonna be okay
No comments:
Post a Comment