Sunday, December 4, 2011

Seharian Berjalan di Balik Pulau, Teluk Bahang dan Batu Feringghi

assalamualaikum...

rajinnya aku update blog hari ini :). sebenarnya pada 26 october yang lepas aku pergi Balik Pulau dan Teluk Bahang dengan family. bukan senang nak keluar macam ni.sekali sekala je baru boleh keluar sama-sama sebab bapak aku yang busy dengan kerja kat pejabat. 


mula-mula pergi Balik Pulau. cuci mata dan makan angin. kawasan Balik Pulau ni boleh dikatakan kawasan tanah tinggi. kalau 1st time nak pergi Balik Pulau, dinasihatkan ikut highway Bayan Lepas. kalau 1st time pergi tapi ikut jalan Batu Feringghi maknanya korang memang cari nahas. jalan kat situ curam sikit, banyak selekoh tajam. tapi kalau drive slow insyaallah ok. tapi kalau drive malam-malam kat area Teluk Bahang-Balik Pulau kena be careful sebab banyak perkara aneh yang korang boleh nampak. sebab bila malam, tempat tu jadi sunyi sepi. memang seram dan menakutkan.

 dari puncak, dah boleh nampak laut yang terbentang luas

cantikknya permandangan dari tempat tinggi


dusun buah milik..tak tahu

 dam or empangan teluk bahang

kalau shooting gambar kahwin pun lawa kan


 yang ni pulak jeti kat Taman Negara Pulau Pinang. Taman Negara di kat Teluk Bahang

kat sini, korang boleh pilih sendiri pulau mana yang korang nak pergi. ada banyak pulau yang best-best


 Taman Negara Pulau Pinang. kat sini jugak boleh buat aktiviti hiking. 



 salah satu kedai makan yang agak terkenal kat area Teluk Bahang. nampak je kedai macam ni mesti pikir 'harga mesti okay'..tapi bila nak bayar 'lu pikirlah sendiri'

 aku just minum teh ais je.

 siput sedut laut

 yang ni pulak dekat Batu Feringghi



 singgah dulu nak beli jagung bakar. 1 batang harga 3 ringgit

 seketul karipap - 50 sen



No comments:

Post a Comment