assalamualaikum...
meh nak storykan sikit. dengan bangganya aku buat announcement bahawa kotak aku yang penuh dengan makanan ruji hidup sebagai seorang pelajar universiti telah diceroboh oleh haiwan yang digelar tikus. tikus dalam bahasa inggeris ialah mouse atau rat telah menceroboh kotak aku tanpa meminta izin. ini menyebabkan aku naik angin macam orang gila . dengan selamber kudanya, tikus ini telah merampas 2 paket maggi kari letup aku beserta 1 packet biskut coklat lexus yang mahal tu.
bukti kukuh : kesan gigitan tikus. bukan gigitan buaya. 100% benar selepas dirujuk kepada yang pakar.
gigi tikus ni very the tajam. kotak tebal pun kamu boleh gigit kan. after that, aku cover balik guna A4 paper. nanti balik rumah nak beli simen nak cover lubang ni..hiks :)
sob..sob.. habis maggi aku :(
inilah stok makanan yang aku ada. nak kena balik rumah ni sebab nak beli biskut yang lagi sedap dari yang ni
tapi wahai tikus, kenapa kamu tak makan perencah maggi tu ? kenapa just makan maggi je ? ... ni mesti kamu tak tahan pedas kan.. now i know your secret. tomorrow i will expose all your secret to public. juat wait huh..
itu maggi yang simpan dalam kotak yang bertutup rapat lagi tebal. macam mana kalau aku just biarkan atas meja. rasa-rasanya semua cuma tinggal perencah sahaja. wahai tikus kamu tahu tak sekarang maggi kari letup dah naik harga. tolong faham perasaan manusia sikit eerkk.
nasib baik maggi kari letup dengan biskut coklat lexus kamu makan. kalau kamu makan milo fuze aku 3 in 1 original , aku akan mengamuk macam the incredible hulk. dah lah harga milo main lama makin mendadak.
dulu milo ais harga RM 1.20 . sekarang dah mark up 30 sen. tambah cincau kena extra charge 20 sen. itu kat perlis. kalau kat penang, milo ais RM2.50. lagi haru. baik minum ice blended kat secret recipe, lagi puas hati
No comments:
Post a Comment