Tuesday, January 17, 2012

Aku Bangun Lambat :(

assalamualaikum...

sumber : internet

aku rasa ini kali pertama kali aku bangun lambat nak pergi ke kelas. sungguh aku tak sangka masalah serius ni jadi kat aku. macam tak percaya je. sebenarnya memang malam semalam aku tidur lambat sebab nak study subject taxation. aku habis study dalam pukul 1 pagi. lebih kurang macam tu lah. lepas tu aku online twitter kejap then tidur.

tapi tidur aku memang tak lena sebab "green attack". kiranya tidur aku 20% lena. selebihnya aku habiskan masa pukul nyamuk dan halau serangga kecil bewarna hijau tu.

hampir setiap hari aku set alarm kat phone pukul 6.30 pagi, tapi memandangkan aku ada exception so aku set pukul 6.45 pagi. sampai sekarang aku tak ingat sama ada alarm tu berbunyi tapi aku pergi tutup atau pun alarm memang tak bunyi.

sedar-sedar je dah pukul 7.48 pagi. padahal kelas aku tadi mula pukul 8 pagi. memang menggelabah tahap menggunung ditambah dengan perasaan cuak. bila nak mandi, alamak ada orang pulak yang tengah mandi. tunggu punya tunggu pukul 8 baru aku dapat turn. mandi dengan selaju yang mungkin. gigi dah gosok, badan dah sabun so alright.. cepat-cepat keluar nak bersiap-siap.

tapi alangkah kecewanya aku sebab baju kurung tak gosok lagi. seriously masa tu aku rasa macam nak menjerit sekuat hati aku. biar orang lain tahu yang aku ada masalah yang terlalu serius. padahal waktu tu dah pukul 8.15 pagi. kalau nak gosok baju kurung pun ambil masa 10 minit. nak kemas bag lagi ambil masa 5 minit. nak pakai tudung lagi. contact lense nak kena pakai jugak. aiiseyyman

dalam perkiraan aku pukul 8.30 pagi baru settle semuanya. tapi itu dah terlalu lambat bagi seorang student universiti macam aku ni nak pergi kelas. dengan hati yang berat (macam lah tahu sangat hati tu berat berapa kg) aku buat keputusan "tak pergi kelas".. terlau sukar aku buat keputusan yang sebegitu. tapi apakan daya, daripada kena marah dengan lecturer lebih aku aku tak pergi. 

at the end, aku nak tidur awal malam ni.. tapikan.. esok petang aku ada test taxation... aku harap sangat benda tak akan berulang lagi. dah seriklah.

2 comments:

  1. dulu saya follower ke 3 awak tapi nanti saya follow awak pakai blog baru. :D suka baca blog awak

    ReplyDelete
  2. samalah dengan saya jugak. saya baru je follow blog awak and dah habis baca pun semua entry awak. btw thanks banyak-banyak

    ReplyDelete