Monday, January 30, 2012

Public Announcement :- laptop aku rosak

assalamualaikum...

kalau nak diikutkan hati, memang aku nak update blog ni hari-hari. tapi masalahnya tak boleh. bukan sebab aku busy or ada kerja lain nak buat. tapi laptop aku yang satu ni buat hal pulak. 

kadang-kadang ikut sedap badan dia je nak padam sendiri. lepas tu selalu hang. hang tu hang lah jugak. tapi ambik masa yang lama nak back to normal. seriously aku ni bukan jenis yang penyabar. kalau aku tak fikir panjang, dah lama rasanya aku humban je laptop ni dalam tong sampah. nak kejam lagi, aku lempar dekat dinding. tapi aku tak buat sebab aku masih waras lagi.

sebagai seorang student universiti, laptop tu boleh diibaratkan sebagai nyawa, kawan karib, peneman di kala kesunyian dan sebagainya.

sebenarnya memang plan nak hantar repair cepat-cepat. tapi aku dah serik dan malas nak hantar pergi repair. bukan pasal isu budget atau duit tak cukup. tapi masalah tak bertanggungjawab serta sifat "cekik darah" empunya kedai repair laptop.

learn from the mistake and also learn from the past (orang putih yang cakap taw) menyebabkan aku dah meluat nak hantar pergi repair lagi-lagi kalau pergi repair kat kedai melayu. servis dan hasil entah ke mana. tapi bayaran nak lebih-lebih pulak.

last year aku hantar laptop aku pergi format kat kawan aku sendiri okay.. diulang sekali lagi supaya lebih jelas format dekat KAWAN SENDIRI. last-last hasilnya , sampai sekarang bermusuh sebab habis jahanam, haru-biru laptop aku dikerjakannya. dengan semua gambar hilang, folder penting-penting dah lesap ditelan angin agaknya. aku siap pesan banyak kali, buat back-up dan buat back-up tapi tak buat-buat jugak. banyak kali aku ingatkan dia through calling, sms or even dalam FB.

tujuan aku hantar laptop untuk format kat kawan sendiri sebab dia kawan aku. kawan mesti mau support kawankan. tapi dah macam ni jadinya, memang tak ada istilah bertolak ansur. dah lah aku kena bayar RM90. mahal kemain lagi, tapi hasil aloohhaaii menyakitkan hati.

at the end, one of my senior suggest suruh hantar repair kat kedai ni. laptop aku siap dengan cepat. 2 hari dah siap. nasib baik semua gambar dan folder yang dah ditelan angin tu boleh dapat balik. bayarannya not bad RM30 sekali dengan format. lepas tu. kadar kelajuan laptop aku memang menyengat. macam guna laptop baru taw. 

tapi sekarang, kedai tu dah tutup. nak hantar kedai cina aku takut nanti ada masalah gambar baik-baik ditukar jadi gambar bukan-bukan. cop cop.. bukan kedai cina je, kedai india ke , kedai melayu sama je sekarang. so sebab tu, aku dalam proses nak mengosongkan serta buat back-up untuk mana-mana folder yang penting. then, aku nak bersihkan laptop dari segala web history and sebagainya. korang jangan tak tahu, walaupun dah clearkan semua history, tapi still boleh detect password korang okay.

No comments:

Post a Comment