assalamualaikum...
mood: rasa macam nak pengsan :(
aku mula-mula dapat selsema pagi tadi. so ingatkan selsema tuh jadi disebabkan cuaca yang agak sejuk waktu aku bangun nak mandi pagi pukul 6.30.rupa-rupanya sampai sekarang selsema ni berlarutan. tisu packet kecik yang comel lagi nipis tuh habis dekat-dekat 5 packet. and now, stock tissue aku dah habis and lucky for me, roommate aku nak tolong belikan. thanks Suhana Omar. tapi sekarang nak lap hingus aku guna sapu tangan yang kecik punya..nak buat macam mana.redha je lah. bila dapat selsema mesti dapat demam. lepas tekak aku rasa macam dah bengkak kat dalam. nak cakap pun sakit. waktu nak mandi tadi, aku rasa macam nak pitam je. tiba-tiba bila nak buka pintu bilik air aku rasa macam gelap je. berpinar-pinar biji mata. nasib baik tak pengsan.
esok maybe aku tak pergi kelas kot. esok class start pukul 8 pagi sampai 1 tengah hari. lagi pun esok ada 2 kelas je pun. kelas BEL313 and MAF320. kalau esok, demam ni tak kebah-kebah jugak, confirm kena pergi klinik mintak MC. for your information, semalam aku dah buat keputusan muktamad nak tarik diri daripada program anak angkat tuh. kenapa tarik diri? sebab dua-dua hand phone aku dah rosak. aku nak cepat-cepat balik rumah coz nak pergi beli hand phone baru. seriously sekarang aku dah serik nak pakai hand phone yang canggih manggih. balik rumah nanti aku nak cari hand phone yang cikai-cikai je. skrin yang hitam putih lagi bagus. tak payah nak berkaler-kaler bagai kalau cepat sangat rosak. hand phone motorola aku yang dah dipakai selama 5 tahun telah selamat disemadikan dengan linangan air mata yang bercucuran hingga basah ke pipi dan bantal. sayang siot..dengan hand phone tuh..lepas tuh aku pakai plak hand phone spare jenama sony ericsson. yang ni pun sama. tak sampai 2 tahun aku guna. dah jahanam....adooiiiyyaaii rasa cam nak bagi penendang je hand phone tuh. lepas tuh mulalah mood aku tak elok. dengan roommate pun aku tak senyum kalau selisih..soorry erk to my roommate, i punya mood semalam tak okay taw.hope korang faham. kitakan dah ber'roommate' selama 3 semester..pastu cuak giler aku nak pakai hand phone sapa nak call mak aku ni. pakwe pun tak ada nak pinjam hand phone dia..lonely nya aku..
then, maybe Allah s.w.t tolong aku, hand phone motorola yang telah selamat dikebumikan selama 3 hari di dalam kotak dalam locker telah bangkit menjadi zombie. syukur sangat-sangat walaupun hand phone jadi bengong (batery cepat mamposs) lepas aku lepas geram pergi hentakkan hand phone tu kat dinding. aku tak kisah, asalkan boleh message and call sudah..yang lain cam dengar lagu ke, ambik gambar ke, aku dah tak peduli semua tuh.
next week dah start cuti mid sem. dalam kepala otak aku dah banyak plan nak buat. antaranya:
1. pergi usyar-usyar hand phone yang murah kat Bukit Jambul.
2. drive keta pergi Padang Kota Lama, nak mancing ikan dengan adik aku.
3. main layang-layang kat depan Queensbay Mall or kat Padang Kota Lama
4. makan mee sotong kat Padang Kota Lama
5. makan mee udang kat Balik Pulau
6. makan laksa janggus kat Balik Pulau
7. pergi mancing ikan kat SeaGate, Teluk Bahang or kat bawah jambatan Pulau Pinang
8. tengok citer "harry potter"
9. pergi pasar malam kat sungai nibong
10. pergi pasar malam kat tabung haji
11. karaoke dengan member kat 1st Avenue or Komtar
12. jalan-jalan cari pasal kat Lorong Kulit
13. beli anti virus kaspersky for 3 user untuk lappy aku
14. tengok tv puas-puas
15. lepas gian nak drive. aku plan nak drive pergi sungai petani.
16. nak buat kek coklat yang lembap giler-giler punya
17. gegirls outing dengan kengkawan
18. nak pergi jenjalan kat 1st avenue, komtar, perangin mall, bukit jambul, mydin, gurney plaza dengan adik lelaki aku merangkap body guard aku. walaupun umur adik aku 13 tahun, tapi dia lagi tinggi dari aku. best taw pergi dating ngan adik sendiri. boleh peluk-peluk, suap-muap waktu makan and bley pegang tangan tanpa perlu disoal oleh bapak aku. dia adalah salah seorang lelaki yang aku rasa selamat selain bapak aku and sorang lagi adik lelaki aku. i'm lucky to have 2 adik lelaki yang handsome dan tinggi..
stop kat sini je, aku rasa dah nak ting tong dah ni. nak baring-baring jap. jumaat ni lepas je abis kelas terus pergi stesen bas. aku rasa penawar yang paling mujarab untuk penyakit aku ni..BALIK RUMAH DENGAN KADAR YANG SEGERA"
18. nak pergi jenjalan kat 1st avenue, komtar, perangin mall, bukit jambul, mydin, gurney plaza dengan adik lelaki aku merangkap body guard aku. walaupun umur adik aku 13 tahun, tapi dia lagi tinggi dari aku. best taw pergi dating ngan adik sendiri. boleh peluk-peluk, suap-muap waktu makan and bley pegang tangan tanpa perlu disoal oleh bapak aku. dia adalah salah seorang lelaki yang aku rasa selamat selain bapak aku and sorang lagi adik lelaki aku. i'm lucky to have 2 adik lelaki yang handsome dan tinggi..
stop kat sini je, aku rasa dah nak ting tong dah ni. nak baring-baring jap. jumaat ni lepas je abis kelas terus pergi stesen bas. aku rasa penawar yang paling mujarab untuk penyakit aku ni..BALIK RUMAH DENGAN KADAR YANG SEGERA"
No comments:
Post a Comment