Monday, July 11, 2011

Schedule Aku Minggu Ni Mengalahkan Schedule Seorang CEO

assalamualaikum...

mood: aku menyampah nak pandang buku koleksi soalan past year subject account. tapi nak buat macam mana. esok nak kena bincang dah. tadi lecturer account suruh buat 4 soalan tutorial. tapi tadi aku baru buat 1 soalan je. aku tak sure, boleh siap buat ke tak malam ni


kenapa aku cakap schedule aku mengalahkan schedule seorang CEO. sebabnya, hari rabu ni aku ada 2 quiz sekali. quiz yang pertama quiz untuk subject law and next quiz ialah subject account. mak aiii serentak tu beb...esok plak ada second public speaking untuk BEL313, entah apa yang aku nak cakap esok..ermmm berserah kepada takdir je lah..hari jumaat ni pulak, ada program anak angkat sampai hari sabtu malam anjuran kelab fakulti aku, PERSIDA. 


well, sekarang ni otak aku dah semak giler babeng. aku tak taw nak study subject mana dulu ni. soalan tutorial account pun tak siap lagi ada hati nak study untuk quiz..tadi baru je dapat result untuk 1st account quiz. nasib baik lulus yaw...walaupun study last minute..yeahh aku suka study last minute. pagi tadi 1st quiz untuk subject tax..nasib baik dapat 30/45.eermmm kira okay tu kan..aku rasa better aku blah dulu erk, aku nak cepat-cepat siapkan tutorial account ni. esok kalau tak siap, lecturer membebel. ni yang malas aku nak dengar ni..babai..tatata..tititi.tututu

No comments:

Post a Comment