assalamualaikum...
hari isnin lepas aku dengan adik aku pergi tengok citer Transformers 3 : dark of the moon. aku dengan adik aku sampai kat TGV Cinemas 1st Avenue dalam pukul 10.30 pagi. beli tiket ( citer pukul 11.40 pagi) lepas tuh singgah jap dekat Parkson pergi jumpa member lama. borak punya borak, pukul 11 pergi beli pancake pastu sorokkan dalam handbag. beli popcorn and coke. tunggu kat situ sampai turn transformer sampai. seat pulak of course aku pilih yang tengah-tengah sekali. mula-mula aku nak tengok citer ni sorang-sorang je tapi adik aku nak ikut plak. memandangkan sekolah dia cuti peristiwa hari sukan so bolehlah ikut. sampai pertengahan citer tu, aku perasan yang adik aku tertidur. so aku gerakkan dia cakap dia mengantuk sangat-sangat. mana tak mengantuknya excited nak ikut aku pergi tengok wayang sampai bangun pukul 5 pagi pastu pukul 7 dah ajak aku pergi 1st Avenue. dasar excited punya budak.hehehhee. aku pun tak faham macam mana dia boleh lena tidur dalam panggung wayang sedangkan waktu tu scene tengah berperang. bising kot...aku ni memang sensitif punya manusia, ada sampai satu scene waktu robot yang tua nak kena bunuh memang aku nangis giler-giler.. aku tak peduli orang lain..sebabnya kat sebelah aku tak da orang pun.pasal tuh yang boleh syok sendiri..btw citer ni happy ending..itu yang penting.
kalau korang nak tahu aku merupakan salah seorang peminat kipas susah mati filem harry potter. semua filem harry potter aku dah tengok. sekuel terakhir filem harry potter "HARRY POTTER AND THE DEATHLY HALLOWS PART 2 : IT ALL ENDS 7.15" aku tengok filem HP yang terakhir ni khamis minggu lepas dekat TGV Cinemas 1st Avenue. tiket wayang hari tuh mahal pulak RM12. sebenarnya budget nak tengok hari rabu sebab hari rabu kan tiket wayang murah sikit tapi tak jadi sebab aku letih sangat-sangat lepas tolong mak aku siapkan tempahan catering. mula-mula tengok emosi macam dah berapa stabil sebab giler taksub dengan filem ni. ada part yang memang touching habis sampai aku menangis kot. giler-giler punya menangis. seat dalam panggung memang aku saja pilih yang tengah-tengah. bila masuk je bilik, alamak!!! seat aku depan sekali kot. dah lah kiri dengan kanan aku tak de orang. cuak gak mula-mula. nasib baik tengok Harry Potter. kalau tengok citer hantu dah lama aku cabut..
mcam mane???
ReplyDeleteHP 7 best tak....
it's awesome dude..yang best "happy ending"
ReplyDelete