assalamualaikum..
tahun lepas, mak bapak aku decide nak tukar dekoder astro yang biasa kepada astro beyond. sebab apa nak tukar ? sebabnya, bapak aku baru beli TV LCD jenama LG which is HD. so memang sesuai gunakan astro beyond bila korang ada Tv LCD kat rumah.. beza dekoder astro biasa dengan astro beyond ialah warna dekoder astro beyond warna hitam dan dekoder astro biasa warna kelabu..memang best sangat bila guna astro beyond ni sebabnya gambar memang clear sampaikan korang boleh tengok jerawat, jeragat pelakon-pelakon drama kat dalam Tv. kalau tengok World Cup, peerrgghh memang terbaik lah..masyukkk betul dengan sound Tv LCD cap LG ni. tak sia-sia bapak aku beli. so bila dah tukar kepada astro beyond memang dapat banyak extra channel yang ada HD. ada AXN HD, ONE TV HD, dan banyak lagi r. so bila pakai astro yang lama, the only channel Korea yang ada ialah KBS World saluran 391. bila dah pakai astro beyond dapat satu lagi channel Korea iaitu ONE TV ASIA saluran 393. channel ni memang terbaik sangat-sangat bagi kipas susah mati drama korea macam aku ni. memang ada banyak program yang best dalam channel ni contonya macam, strong heart, star king, family outing, heroes, tv animal farm, inkigayo dan the latest drama korea..
so, untuk entry kali ni aku nak share pasal drama korea yang memang terbaik, tip top punya dan best giler.. drama ni tajuknya "GIANT". aku start tengok drama Giant since episode pertama lagi. tengok episode yang pertama pun dah best dan ada scene yang memang menyentuh emosi aku..lakonan hero, heroin dan pelakon pembantu memang serasi sangat. permulaan drama ni pada era awal 90-an kalau tak silap aku lah. watak hero dalam drama ni dipegang oleh Lee Beom Soo. drama ni memang penuh dengan konflik, suka duka, ekonomi, peperangan, pergolakan, kejatuhan.
drama ni bermula apabila watak utama iaitu Lee Gang Mo telah menjadi seorang usahawan yang berjaya sehingga dikatakan sebagai bapa pemodenan Korea. flashback bermula apabila musuh lama Lee Gang Mo iaitu Cho Pil Yeon yang juga pembunuh bapa Lee Gang Mo datang untuk membunuh Lee Gang Mo semasa Lee Gang Mo berada di dalam pejabatnya. pergaduhan dan ugutan bermula selepas itu then disusuli dengan flashback yang menceritakan semua kisah-kisah yang berlaku sebelum kejadian di pejabat Lee Gang Mo bermula.
flashback story bermula ketika Lee Gang Mo dan keluarganya hidup dengan aman dan damai. kemudian, ada satu konflik yang berlaku menyebabkan bapa dan ibunya meninggal dunia. Lee Gang Mo kemudian terpisah dengan abangnya, Lee Sang Mo, adik perempuanya, Lee Mi Ju dan seorang lagi adik lelaki bongsu..start daripada situ, Lee Gang Mo terpaksa melakukan banyak kerja untuk back-up kehidupan dia. macam-macam kerja dia buat macam repair kasut, jual kasut, dan banyak lagi. Lee Gang Mo ni dari kecik memang otak dia berfikir macam orang dewasa.
then, pada usia yang muda, Lee Gang Mo telah manjadi presiden untuk syarikat pembinaan yang mana telah bersaing dengan syarikat permbinaan milik Cho Min Woo iaitu anak kepada Cho Pil Yeon. episode yang ni memang penuh dengan cabaran dan dugaan..macam-macam perkara yang berlaku kepada Lee Gang Mo contohnya, kilang dia terbakar disebabkan kebocoran gas dan banyak lagi. kemudian, Lee Gang Mo dapat balik jumpa dengan abang dan adik perempuannya. tapi adik lelaki dia terus MIA (missing in action)..
kesudahannya, Lee Sang Mo mati selepas gagal dalam pembedahan untuk mengeluarkan peluru di kepalanya, adik lelaki yang pada mulanya telah MIA dapat jumpa balik then drama ni tamat dengan happy ending bila berakhir dengan scene Cho Pil Yeon mati bunuh diri dengan terjun daripada tingkat di pejabat Lee Gang Mo.
nota kaki: mula-mula bapak aku bising gak sebab tak habis-habis tengok tengok drama ni. last-last bapak aku sendiri yang syok dengan drama ni sampaikan berita hari rabu dengan hari khamis tak payah tengok..
No comments:
Post a Comment