Saturday, August 6, 2011

Puasa Part 2

assalamualaikum...

sekarang rajin giler update blog ni maklumlah tengah enjoy masa yang bahagia ni tanpa diganggu oleh test dan juga quiz. minggu ni je pun nak enjoy-enjoy, minggu depan dah tak boleh nak enjoy sebab ada test, assignment yang bapak giler banyak nak buat lagi, kelas ganti untuk hari raya and so on. so marilah semua pakat-pakat mengisi masa yang terluang ini dengan sepenuhnya. semalam tidur pukul 3 pagi sebab duk bantai tengok movie sampai bengkak mata. by the way, puas hati kot. pagi tadi line internet laju giler and sempat juga aku mendownload movie "momok jangan panggil aku"..


baju raya tak beli lagi. tudung raya tak beli lagi. kasut raya tak beli lagi. handbag raya tak beli lagi. handphone raya tak beli lagi. kuih raya tak beli lagi. cadar raya tak beli lagi. langsir bilik untuk raya tak beli lagi. wallpaper bilik untuk raya tak tampal lagi. bila nak beli ni??? macam tak de harapan je nak beli semua ni. 


semalam aku call mak aku, borak-borak pasal juadah berbuka dengan bersahur and baju raya. aku suruh mak aku hantar duit poket lebih kat aku sebab aku nak beli baju raya kat butik di C-Mart. aku dah usyar baju tuh. harga baju tu around RM150++. korang taw mak aku cakap apa?. mak aku cakap " tak payah nak terhegeh-hegeh suruh mak hantar duit lebih, mak dah hantar kain ela 3 pasang kat butik kat Bukit Jambul, nanti nak raya, pakai je baju tuh, badan along dengan badan mak kan lebih kurang je saiznya. tak payah nak membazir beli baju lain. along tuh, nak raya memang menggatal nak beli baju ala-ala diva, tapi lepas raya tuhh diaa bersusun dalam almari. setakat nak pakai untuk 1st day raya buat ape. kalau full day pakai tak pe gak, ini tak, sampai tengah hari dah bising, baju panas, badan melekit-lekit. lepas tuh, duk rumah pakai t-shirt dengan track suit. kalau macam tuh baik tak payah beli baju."...bila fikir balik, eermmm betul gak apa yang mak aku cakap.. 


about the other things, actually aku tak berapa minat sangat nak pakai yang baru. yang kat atas tadi tuh just propa je. just joking only. kalau nak tahu, handbag yang aku duk usung pergi kelas pergi shopping tuh dah berusia 4 tahun. tapi kan sampai sekarang aku still guna lagi sebab handbag aku tak koyak lagi. maintain je aku guna sampai 4 tahun. handbag aku tu jenama BUM EQUIPMENT. waktu beli tuh harga handbag tuh dalam RM190++. aku beli handbag tuh guna duit gaji aku okay. aku tak mintak duit orang...seriously aku sayang sangat dengan handbag ni. banyak berjasa kat aku..


baru je tadi aku buka FB aku nak check kalau-kalau ada info baru ke apa ke. then, bila check notifications, aku dapat invitation pergi kenduri kawen. sebenarnya aku paling benci kalau orang jemput aku guna invitation via FB,Twitter or SMS. tak boleh ke nak jemput pergi kenduri pakai mulut. apa salahnya call aku and cakap "jemput pergi kenduri erk". tak susah kan. ala lagipun bukan mahal sangat kos nak calling calling ni..just cakap jemput pergi kenduri sudah, tak payah lah nak borak-borak pasal benda lain. so the conclusion is aku memang tak pergi kenduri tuh, harap maklum!!!


pasal kuih raya untuk tahun ni, aku dah plan dengan bodyguard aku (adik lelaki ) nak buat Apam Polka Dot, Cup Cakes, Puding Karamel, Tart Nenas, Biskut Coklat Chip dan Biskut Ovaltine. tak payah nak buat kuih raya banyak-banyak. keluarga aku ni memnag yang jenis tak makan kuih raya sangat. normally, 1st day raya, mak aku masak soto ayam, bihun sup dengan sup tulang makan dengan nasi putih, rendang ayam dan daging. memang terangkat siot...kadang-kadang benda ni semua petang raya dah licin..lepas tuh raya kedua, buat lontong makan dengan sambal tumis..yang ni memang feveret aku forever and ever. and aku lah orang yang kedua selepas bapak aku dapat makan lontong ni selepas lontong ni siap dimasak. sedap beb makan lontong panas-panas. very the menggugat keimanan . mana tak menggugat keimanan sebab memang confirm-confirm aku akan tambah empat lima enam mangkuk makan lontong ni.. kalau tart nenas pulak. memang senang je nak buat. nak buat tepung tuh senag tapi tang inti tuh yang jadi masalah. usually nak buat inti tart nenas ni aku beli buah nenas yang masak lepas tuh parut nenas ni guna mesin parut kelapa. kan senang..then, dah siap tuh masak pulak dengan air gula. biar jadi manis and sedikit lembap.


nota kaki: aku nak tengok drama lie to me bagi habis lepas tuh nak download v-log Mat Lutfi

No comments:

Post a Comment