Tuesday, September 27, 2011

Balik Rumah..

assalamualaikum...

esok ada paper MKT 243 tapi sempat lagi aku berblog. biasalah kadang-kadang bosan jugak nak menatap buku marketing.. dah lah tebalnya 828 muka surat. semalam dah khatam baca buku tebal tuh. tapi kali ni, nak ulang balik, mana tahu kot-kot ada yang tertinggal ke. kalau ikut plan, esok lepas habis jawab paper ni, aku nak balik rumah aku kat oversea. huh ! what ! oversea ! , ko biar betul misz e'e. memang rumah aku kat oversea nak buat macam mana. rumah aku kan kat georgetown,Penang. so selain ikut jambatan pulau pinang yang femes tuh, feri jugak salah satu pengangkutan yang penting nak angkut aku lalu kat laut nak pergi georgetown.. dari stesen kangar, naik bas transnasional (RM 13.70) or plusliner RM 11.90 kalau tak silap) , bas turun kat stesen bas butterworth, lepas tuh, naik feri yang kena bayar RM1.20 (dewasa), RM 0.60 (kanak-kanak)..tunggu jap sampai green light muncul. berlari anak masuk ke feri. lepas tuh. pilih tempat yang paling depan sekali sebab nanti boleh keluar dulu. sandarkan badan kat kerusi then, menghayati keindahan pulau mutiara..bila siang laut tak berbau sangat. kalau balik malam, confirm kena tutup hidung dengan tangan or tisu sebab ada bau skit. bau sampah lah..siapa punya keja lah buang sampah kat laut. .


bila dah sampai, kena tunggu lagi feri tu masuk parking betul-betul. waktu ni aku nasihatkan korang tak payah nak excited berdiri dulu sebab ko ingat nak parking feri senang ke. habis bersagatnya feri dengan kayu kat situ. lepas tuh, siapa yang berdiri mesti ada yang jatuh tertonggeng lah, terhuyung hayang, badan tak stabil. tengok macam aku, cool and relax je duduk. bila aku tengok pekerja feri dah turun ke bawah nak bukak gate, waktu tu baru aku cepat-cepat pergi depan. kata nak keluar dulu kan.hehehe

macam ni lah rupanya kalau perlis banjir. (ehsan google)

 (ehsan google)

jalan ni betul-betul dekat dengan u aku (ehsan google)

tapi bila fikir balik, memang nak balik rumah esok dan nak balik kat arau pulak 2 november. tapi sekarang asyik hujan je. semalam hujan, hari ni pun hujan lagi. kalau setakat hujan renyai-renyai tak pe lagi. ni hujan lebat siap ada extra petir lagi. aku tak berani nak ambik risiko besar ni. balik ke penang tak ada masalah. tapi nanti nak balik kat arau ni ada masalah yang besar kalau perlis ni banjir. mampos aku nak balik tak boleh. kalau kereta bapak aku jenis Dmax Isuzu, Toyota Hilux or Land Rover or tak pun Hummer tak pe jugak. ini kereta bapak aku Proton Perdana. kalau manual maybe lepas kot nak lalu banjir tapi kereta bapak aku automatik weh...jahanam kereta tuh nanti kalau kena banjir. dah lah bapak aku suka membebel..

balik ke arau memang takkan ada masalah kalau aku dapat pinjam kereta tok yah aku ni. tapi nak meminjamnya aku pergi Thailand. tak kuasa aku nak ke Thailand semata-mata nak pinjam kereta ni. kalau tok yah aku rajin nak menghantarnya. tak cukup tapak tangan, periuk 40 inci mak aku, aku tadahkan.

(ehsan google)
alangkah bahagianya hidup aku kalau sesiapa yang baik hati bagi pinjam hummer ni kat aku.


nota kaki : kesimpulannya, aku akan stay kat arau ni sampai 9 haribulan. tapi gap 10 hari nanti nak buat ape erkk..tengok movie..okay jugak

No comments:

Post a Comment