assalamualaikum...
aku ni bukan lah berani sangat. penakut sangat pun tak jugak. so, kiranya sederhana lah aku punya keberanian dengan ketakutan. cerita seram..berlambak-lambak aku ada. cakap je, nak seram macam mana. semua ada. so aku share dengan korang pengalaman aku berdepan dengan situasi yang menakutkan.
1. rumah kat belakang rumah tok aku
kisahnya macam ni. bilik air dan tandas rumah tok aku (belah ayah aku) kat luar rumah. rumah tok aku pulak rumah yang bertiang. even kalau siang pun aku takut nak pergi, inikan pulak waktu malam. kalau rasa-rasa sakit perut nak buang air besar, memang aku akan tahan sampai ke pagi. lepas tuh, pergi rumah sedara kat sebelah rumah tok aku, tumpang tandas dia. kadang-kadang tuh aku tumpang mandi jugak. aku ada dengar cerita yang rumah kat belakang rumah tok aku tu sebenarnya kosong. tak ada orang. tapi bila malam aku perasan lampu rumah tu menyala. kadang-kadang dengar bunyi macam orang tengah tumbuk sambal belacan. kiranya boleh dengarlah antan dengan lesung tu berlaga. lepas tu, rumah tok aku ada jemorang. jemorang stands for jemur orang. jemorang ni actually tempat memasak, basuh kain and so on. lantai jemorang ni pulak lantai buluh. bila lantai buluh, korang boleh nampak apa yang ada kat bawah. then, dinding pun guna zink. zink tuh pulak boleh cover separuh je. kadang-kadangkan bila terdesak nak terkucil sangat, aku paksa mak aku temankan aku pergi jemorang nak membuang. masa nak membuang aku tak takut sangat. tapi bila nak tutup paip air, waktu tu perasaan takut datang bertubi-tubi. bulu roma aku dah meremang.
aku tengok keliling, gelap gelita. tapi boleh nampak pokok pisang, pokok kelapa, pokok koko. lepas tuh tengok bawah. lagi seram beb. then aku terpusing kat rumah tu, lampu menyala lepas tuh dengan bunyi bising. aku pun apa lagi, berlari keluar macam tak cukup tanah. then, aku cerita kat sedara aku. dia cakap kat pokok koko tu ada benda. aku pun dah cuak.

2. jangan letak kasut kawad kat luar rumah
bapak aku kerja polis then aku dengan family duduk kat quartes polis. bapak aku ada banyak koleksi kasut kawad kat dalam stor. kasut kerja pun banyak jugak. cerita ni dah lama aku dengar since aku duduk kat negeri sembilan lagi. kawan aku cakap, kalau letak kasut kawad kat luar rumah, nanti bila malam-malam, kasut tu berkawad sendiri tengah padang. one day, bapak aku baru balik daripada latihan kawad, then dia letah kasut kawad tu kat luar rumah. bila dah malam, baru bapak aku perasan yang kasut kawad dia ada kat luar. then, yang jadi mangsa aku, sebab aku anak sulung. anak sulung kena bantu adik-adik yang lain
(ayat adik aku). aku pun beranikan diri nak pergi ambik kasut tuh. bila bukak pintu, check dulu, kot-kot kasut tuh dah berkawad sendiri ke apa ke. nasib baik ada lagi kasut tu kat atas motor. aku ambik kasut tu sepantas yang mungkin. taddaaa !!! berjaya..
3. kalau balik mengaji naik motor jangan toleh belakang
yang ni mak aku pesan. waktu aku darjah 4 sampai form 1, aku duduk kat Balai Polis Broga. waktu tu Broga tak femes lagi dengan Bukit Broga. sebenarnya Broga tempat cina, yang melayu pun just yang duduk kat dalam Balai Polis Broga je, termasuk aku. pasar malam kat Broga hari isnin, then aku suka beli bihun goreng kat pak cik dan mak cik melayu ni. sedap wehh bihun goreng mak cik tuh. sampai sekarang boleh ingat lagi keenakan bihun goreng tuh. okay, berbalik kepada cerita ni, ada satu kampung namanya Kampung Tarun. memang penduduk kampung ni semua melayu. jarak kampung ni dengan rumah aku, tak lah jauh sangat. kalau naik motor, around 15 minit je. tapi nak pergi kampung tu nak pergi mengaji kat Surau Kampung Tarun, aku kena lalu 2 ladang kelapa sawit yang besar. selalunya aku pergi mengaji dengan seorang akak ni, tapi hari tu pulak, dia ada hal so tak boleh nak pergi mengaji. aku cakap kat mak aku yang aku tak nak pergi mengaji sorang-sorang. mak aku paksa jugak aku pergi. bapak aku pulak waktu tu tak ada kat rumah. dengan berat hati, aku pun start enjin motor honda cup petak-petak bapak aku punya.
masa pergi tu, terang lagi. bila nak balik, Ya Allah, tak tergambar rasa takut aku. mula-mula telan dulu air liur, check tangan, alamak bulu roma dah meremang lah. aku bawak slow slow dulu mana tahu kat belakang aku nanti ada kenderaan lain ke. tapi tak ada. yang tinggal kat jalan tu just motor aku. aku tenangkan hati, baca apa yang patut, bila dah sampai kat area ladang kelapa sawit tuh aku tertoleh, aku tengok ada cahaya kat area tuh. aku rasa cahaya tuh macam ikut aku je. aku pun apa lagi, memecut selaju yang mungkin. sesampai je kat kawasan balai, baru lega sikit. aku pun cerita kat mak aku apa yang jadi.start hari tuh, bila pergi mengaji aku pergi sendiri naik motor. bila nak balik, bapak aku dah siap tunggu dengan motor honda sport dia kat depan surau. so balik bersama-sama.
3. ada benda dalam pejabat bapak aku.
waktu kat Broga, status bapak aku Ketua Balai Polis Broga. so, dalam balai tu, bapak aku ada bilik dia sendiri. dan, bilik bapak sebelah je tempat orang buat report. bilik bapak aku tu ada cermin besar. kiranya boleh nampak dari luar. kiranya macam transparent lah. hujung sikit dari bilik bapak aku, ada lokap. aku dulu suka simpan lirik lagu. kat rumah aku ada 3 buku log penuh dengan lirik lagu. selalunya lirik lagu ada kat paper BIPOP hari ahad.. means that, setiap hari ahad, aku akan masuk balai tu pergi pinjam paper then gunting lirik lagu then hantar balik. bukan baca pun. masa nak hantar paper tu balik, ada pak cik polis cerita something kat aku. dia cakap semalam dia nampak something dalam bilik bapak aku.
bila sampai rumah, aku tanya bapak aku betul ke cerita tuh. bapak aku jawab, kadang-kadang je dia nampak something dalam pejabat dia or tak pun kat dalam lokap. aku dah start cuak.. nak dijadikan cerita, malam tuh, bapak aku suruh aku ambik fail hitam dalam pejabat dia. dia bagi kunci kat aku. bila nak bukak pintu pejabat tuh, aku dah rasa semacam. bila tengah sibuk cari fail tuh, tetiba je telefon dalam bilik bunyi. rasa nak menjerit waktu tu. bila dah jumpa fail, cepat-cepat aku kunci balik pintu. masa nak jalan ke rumah, aku tertoleh kat belakang. aku nampak ada something yang tengah berdiri kat atas bumbung balai. aku tenung lama-lama. memang confirm ada something. aku cerita kat bapak aku, bapak aku cakap siapa suruh tenung lama-lama. esoknya aku demam..
4. duduk kat tangga waktu malam.
still lagi kat rumah tok aku. rumah tok aku kat Gerik,Perak. rasanya korang tahu apa yang seramnya pasal Gerik,Perak ni. dah banyak kali masuk paper pasal ada orang nampak gajah lalu kat jalan then nampak ular sawa besar macam pokok kelapa melingkar kat tengah jalan waktu malam.selama aku balik kampung malam, tak pernah lagilah berhadapan dengan situasi macam ni. mintak-mintak takkan jumpa langsung. rumah tok aku rumah angkat tiang. maknanya kena guna tangga nak naik atas rumah. waktu arwah chey (atuk lelaki) hidup, dia suka bercerita kat anak cucu dia sambil duduk dekat tangga. malam tuh, tengah sibuk-sibuk bercerita, ada something tengah kayuh basikal buruk lalu depan tangga tuh. aku yang tengok ni pun terkedu. arwah chey aku ni memang pandai mengubat orang, so lepas tuh, dia jampi apa yang patut bagi pulihkan semangat.
5. ruang tamu rumah tok aku
arwah chey aku ni pandai ubatkan dan urut orang. masa arwah hidup dulu, waktu petang je mesti rumah tok aku penuh dengan pemain bola sepak yang datang nak urut kaki. benda still lagi fresh dalam memori aku. waktu tengah syok tengok tv dengan sedara aku. tiba-tiba, dengar ada orang berjalan kat atas rumah. atap rumah tok aku atap zink, so bila ada orang berjalan, boleh dengar bunyi pijakan yang kuat. mula-mula ingatkan kucing. tapi malam tu bukan kucing tapi something. then, arwah chey aku datang kat ruang tamu sambil bawak penyapu. lepas tuh, dia guna penyapu tuh, hentak-hentak kat atas rumah. banyak kali jugak arwah chey aku buat. lastly, dengar ada something yang berbadan besar lompat dari atas rumah.
nota kaki : actually banyak lagi kisah macam ni jadi kat aku. nak cerita semua kat blog, maybe kena buat banyak episod pulak.

No comments:
Post a Comment