Monday, November 21, 2011

Macam Tak Percaya

assalamualaikum...

tup..tup..tup, insyaallah sem ni adalah sem terakhir aku sebagai pelajar diploma. macam tak percaya je yang aku ni dah student part 6.. terasa diri ini dah tua sangat.

now macam biasa, masalah yang aku ada sekarang ialah penyakit "homesick". sampai demam-demam aku. class petang tadi tak pergi. memang terbaik lah senior ini.

cuma class pukul 9 pagi tadi je aku pergi. masa nak ke kelas tadi, member aku cakap maybe class pagi ni habis awal kot. tulis nama dalam attendance lepas tu dah boleh balik. tapi masalahnya tadi, semua harapan musnah.  musnah sama sekali. lecturer ambik masa 1 jam nak terangkan pasal subjek tu.

pergghh awal-awal pagi aku dah blur. ada ke patut tanya balik pasal subject semester lepas. memang tak terjawab lah soalan tu. totally dah dilupakan. tapi bukan salah aku kan kalau tak terjawab soalan tu.

itu alkisah kelas pagi tadi. sekarang nak cerita pulak keadaan aku masa nak bangun pagi. bangun awal pagi memang tak ada masalah bagi aku sebab kat rumah pun hari-hari aku bangun awal sebab nak buat breaksfast then hantar adik aku pergi sekolah.

tapi yang jadi masalahnya tadi , bila dah habis mandi lepas tu dah pakai baju kurung semua siap. aku duduk atas katil macam dah tak ada benda nak kena buat. padahal kena pergi kelas. wehh aku betul-betul blur. macam kosong je minda aku waktu tu. aku sedar balik bila member aku hantar sms tanya aku pergi kelas ke tak.

sebenarnya aku jadi blur disebabkan perubahan keadaan sekeliling. bayangkan lebih sebulan lebih ada kat rumah. hari- hari tengok muka ayah, emak dan adik-adik. and hari ni, errmmm tengok je lah muka roommate hari-hari. totally homesick. demam aku tak kebah lagi ni. ubat ??? jangan mimpi aku nak makan ubat. korang tahu tak ubat tu pahit. setakat vitamin c tu boleh lagi aku telan.

esok class mula pukul 8 pagi. penat aku mengemas barang ni tak habis lagi. nasib baik time table tak berapa nak pack sangat. ada masa bley curi-curi tidur nanti   :)

tadi masa nak beli makanan kat kedai, aku tak boleh nak detect lagi yang mana satu junior. keliru sebab student degree pun ada lagi kat sini.

No comments:

Post a Comment