assalamualaikum...
aku muncul balik selepas lama menyepi dalam arena blogging. waktu yang terluang ni aku memang manfaatkan betul-betul. pergi jalan-jalan dengan family, makan angin, balik kampung dan sebagainya.
dalam perjalanan pulang dari Padang Kota Lama
pernah tak korang pergi Padang Kota Lama ??. sapa yang pernah pergi penang tapi tak singgah kat Padang Kota Lama. korang memang tak sporting. best taw kat Padang Kota Lama ni. waktu pagi boleh jogging keliling kawasan Padang Kota lama, waktu petang pulak, boleh pancing ikan, main layang-layang, main helikopter kat padang. keistimewaan Padang Kota Lama ni ialah terkenal dengan Pasembor. tapi waktu nak pilih pasembor tu, kena tengok harga dulu. jangan main ambik je. silap hari bulan korang kena kena bayar more than RM 50. lepas tu, try kira sendiri karga pasembor yang korang pilih. kot-kot peniaga tu salah kira ke, yang rugi korang bukan dia kan ?.
then, kalau boleh, waktu nak order air or makanan, korang try guna slang penang untuk mengelakkan dari kena tipu. ini betul !! aku tak tipu. seriously. sebab benda ni dah kena kat aku sendiri. waktu mula-mula aku pindah penang, aku dengan family aku pergi makan tengah hari kat Padang Kota Lama. kiteorang just order nasi ayam, char koay teow, sotong rebus, teh ais. lepas tu, masa nak bayar, kiteorang kena charger around RM 40 something. padahal makan sikit je pun. macam tak berbaloi betul.
kalau boleh, nak pergi Padang Kota Lama, bawaklah orang tempatan sorang or dua orang. takut kena tipu pulak. one more thing, kat Padang Kota Lama jugak banyak peminta sedekah yang rata-ratanya dari Myanmar. aku nasihatkan, daripada korang bagi sedekah duit kat dia, lebih baik korang belanja budak-budak peminta sedekah tu makan. lagi senang. sebab takutnya kalau itu adalah salah satu sindiket haram. korang sedekah duit kat budak tu, tapi tak bermakna budak tu yang ambik. lagi kesian. better belanja diorang makan.
besides that, waktu malam kat Padang Kota Lama, ada banyak manusia yang tengah stim tunggu nak kutip duit parking. kena bayar bukan murah weh..aku pernah bayar duit parking waktu malam kat Padang Kota Lama dalam RM 3 . mahal weh.. kalau tak nak bayar atau pun korang bayar dengan harga rendah. mesti ada kesan calar kat kereta korang lepas tu. trust me !!! kalau MPP kutip it's okay sebab murah je. parking motor 1 jam baru 50 sen. parking kereta 1 jam RM 2. kalau MPP ada sekurang-kurangnya keselamatan kereta tu terjaga jugak.
mee sotong = RM 4
air kelapa = RM 2.50
No comments:
Post a Comment