assalamualaikum...
sekarang ni aku dah bertukar profesion dari seorang pelajar kepada seorang saudagar daun kari. kenapa tak percaya erk ??? . sebenarnya pertukaran character ni sekejap je, just untuk cuti semester.
jangan ingat keja jual daun kari tak boleh jadi kaya. trust me okay, korang boleh jadi kaya. tapi tak semua jenis daun kari boleh dijual. daun kari yang betul-betul wangi sahaja yang laku dijual di pasaran.
kat penang ni, 1 kg daun kari boleh dapat RM 5.50. so apa lagi, jom tanam pokok kari banyak-banyak, lepas tu jual kat pasar. aku jual daun kari ni kat pasar untuk 2 kali seminggu. dalam sekali tu, aku boleh jual daun kari dekat-dekat 6 kg. so untungnya, korang sendiri kirakan 6 kg x RM 5.50 = ???.
and now, aku tengah nak semai pokok kucai, kunyit, pandan dan serai. insyaallah, up coming plan, nak tanam cili dan bendi. sebenarnya best taw jadi saudagar daun kari ni, sebabnya ia akan membuatkan korang famous seperti kim kardashian kat pasar. because semua peniaga kat situ kenal korang.
nampak tak yang berbaju oren tu. itu mak aku, tengah busy hantar daun kari nak dijual
dan ini pula, satu plastik beg besar yang penuh daun kari tergantung kat handle motor.
tapi kalau nak berjaya tu mesti ada halangan yang perlu ditempuh kan. pokok kari ni memang besar. daun kari ni actually dari jenis yang susah nak jumpa sebab daunnya terlalu wangi. terlalu wangi sampaikan ada manusia yang jahat yang sanggup mencuri daun kari aku.
ada seorang manusia kat kawasan kejiranan aku ni, jumpa mak and cakap nak sikit daun kari. so , mak aku cakap "ambik je lah". waktu tu kiteorang tengah rush nak pergi pasar. but then, bila sampai rumah, kiteorang memang terkejut besar sebab MAK CIK YANG TAK SEDAR DIRI TU DAH CURI ANAK POKOK KARI YANG BARU MAK AKU TANAM. MEMANG KURANG AJAR BETUL. CAKAP NAK DAUN KARI, KENAPA PERGI KOREK POKOK KARI AKU. HABIS TANAH BERLUBANG-LUUBANG. BUKAN RETI NAK KAMBUS ELOK-ELOK.
seriously memang sakit hati. rasa macam nak pergi rumah mak cik tu, mintak balik pokok kari aku yang dia curi. lepas tu, mak aku cakap " x pe lah , kita halalkan je ".
tapikan, for the second time it happen again. pokok kari tu betul-betul belakang bilik aku. waktu aku tengah syok main game, aku dengar ada orang tengah cangkul tanah kat belakang rumah. first, aku ingat ada gotong-royong. tapi, rasa lain je. aku terus pergi bukak pintu belakang dan TADA !!!!, the same mak cik dengan anak dia tengah sibuk korek anak pokok kari aku lagi.
aku terus panggil mak aku, lepas tu mak aku tanya, "anak pokok kari yang dah ambik hari tu dah mati ke ?"
that mak cik reply " x mati pun, saje nak ambik anak pokok baru "
what the heck ko mak cik. suka-suka hati curi anak pokok kari aku. excuse me, kalau aku tak halalkan , sampai bila-bila pun ko makan daun kari haram. kalau aku tak ingat kat Allah S.W.T, memang aku tak kan halalkan. sebab aku ingatlah, aku halalkan. ko dengan aku dah settle kat dunia tapi ko dengan Allah kat akhirat kelak belum settle lagi.
Saudari Shikin, boleh pos ker benih kari yang tersangat wangi tu kat saya. Berapa harga sepokok.
ReplyDelete