Friday, December 9, 2011

Al-kisah nak balik ke Arau

assalamualaikum...

sebenarnya gambar ni diambil masa nak balik ke Arau pada 28 november yang lepas. tapi waktu tu, tak beli lagi bluetooth device so tak dapatlah nak storykan kat blog ni. baru minggu lepas aku pergi beli bluetooth device kat ICT Fair kat UiTM. maknanya lepas ni senang sikit nak upload gambar then storykan kat sini. jadi apa kata kita go back to the story erk  :)

a few days before, aku dengan member aku dah sepakat nak balik hari isnin, then dah kena ada kat stesen bas Butterworth pukul 3.  then, aku sampai kat jeti pukul 1.05 petang. bila sampai kat jeti, feri penumpang pulak tak ada. yang ada feri yang angkut kenderaan. so kena tunggu lagi. dalam pukul 1.20 baru feri penumpang sampai. makan angin dulu kat atas feri. lepas tu sampai kat Butterworth pukul 1.45 petang.

bila dah sampai, member aku cakap, dia dah belikan tiket bas ke Arau pukul 2.45. memandangkan masa ada banyak lagi, kiteorang terus pergi makan tengah hari dulu .makan dan makan, lepak dan lepak. jam menunjukkan dah 2.30 petang. cepat-cepat beli keropok ikan cap pinggan dan keropok dan pisang goreng nak makan dalam bas nanti.

tapikan bila dah 2.45 pun bas still tak datang lagi. dalam pukul 3 macam tu baru bas sampai. penuh juga penumpang waktu tu nak ke Arau. tengok muka semuanya macam student UiTM je.

inilah tiket bas transnasional yang berharga RM13.70

this gambar aku ambil dari dalam bas. macam nilah rupa stesen bas Butterworth

 plastik hitam yang tergantung tu penuh dengan makanan taw. aku paling takut kalau tertidur kat dalam bas. kalau jadi apa-apa kan susah kalau tertidur dalam bas. nak hilangkan mengantuk, mulut aku kena selalu menguyah makanan. baru boleh stay cool

2 beg warna hitam. actually masa nak balik penang, aku just bawak 1 handbag dan 1 backpack. tapi korang tahu je kan macan-macam benda yang korang nak angkut balik ke U. kat bawah tu backpack ,yang kat atas tu beg baru yang aku beli kat Mydin. murah beb harga beg itu. dalam beg tu ada banyak makanan taw.

then sampai kat Arau dalam pukul 6 lebih..


No comments:

Post a Comment