assalamualaikum...
sekarang ni terlalu banyak remaja-remaja yang diluar sana obses dengan k-pop, j-pop , majalah hiburan dan sebagainya. aku pun obses juga dengan semua ni tapi tak terlalu obses. sekadar minat sahaja.
some of my friends sanggup berhabis duit beratus-ratus ringgit semata-mata nak beli tiket konsert artis k-pop dan j-pop. dah lah beli tiket tu guna duit PTPTN. tak ke mambazir namanya. macam mengarut je kan. lepas tu, bising cakap duit dah habis lah duit dah itu duit dah ini. so jangan nak salahkan sesiapa dalam hal ni. tolong salahkan diri sendiri. sebab korang yang cari nahas. nak pergi tengok konsert artis k-pop dan j-pop itu kehendak masing-masing. okay fine... tapi jangan terlalu kerap. ini tak dalam satu semester nak pergi tengok konsert banyak kali. what the heck..
setakat sekali dalam satu semester tu kira okay lah kan. apa yang aku tahu, ramai jugak student yang sanggup beli tiket yang paling mahal sebab nak tengok artis pujaan diorang tu dekat-dekat. boleh nampak jelas ke masalahnya ?? lebih baik korang tengok kat youtube je. boleh replay banyak kali.
untuk student yang berkemampuan, lantak korang lah kan. korang ada duit. yang guna duit PTPTN tu. alahai sayangnya..duit tu terbang macam tu je. at least masa hujung semester biarlah ada duit sekurang-kurangnya RM200 dalam akaun bank. jangan korang ingat 'owhh duit dalam bank banyak lagi, nak enjoy puas-puas'. sekarang memang boleh enjoy puas-puas, tapi waktu nak bayar nanti sibuk cakap 'habis aku, mana aku nak cekau duit ni'. kesimpulannya , fikir masak-masak sebelum buat sebarang keputusan.
walaupun segala expenses pengajian aku ni ditanggung 100% oleh parents aku, tapi tak bermakna aku boleh enjoy puas-puas. kena juga berjimat. yes..dulu aku memang taksub dengan gejala k-pop dan j-pop. memang obses sangat-sangat. segala benda yang ada gambar diorang mesti aku nak beli. masa nak beli, memang tak fikir banyak. dulu aku tak pernah miss beli majalah klik dengan e-pop. and now sekarang aku sedar bahawa aku dah habiskan almost RM2000 semata-mata nak beli majalah tu.
bila balik rumah, bukak almari, ya allah... almari aku penuh dengan majalah. nak jual sayang pulak sebab dah habiskan banyak duit masa nak beli. cuma simpan sahaja. kadang-kadang parents aku bising jugak, diorang cakap buat menyemak je simpan banya majalah dalam almari. one day, parents aku ugut nak bakar semua majalah tu kalau aku still lagi berterusan beli majalah hiburan... bila dah kena macam tu, baru aku sedar :(.
dengan duit RM2000 tu aku dah boleh melancong or simpan dalam bank.sedih tu memang sedih. nak buat macam mana kan, nasi dah jadi bubur.
kalau korang obses sangat dengan k-pop dan j-pop aku tak kisah. sebab aku pun minat jugak. tapi tak ada sampai keterlaluan. laptop aku memang penuh dengan drama k-pop dan j-pop. tapi just sebagai mengisi masa terluang aku je. kadang-kadang aku tengok drama-drama ni bila tengah stress.
obses tak salah. tapi diri sendiri tu kena kawal . bila korang dah kerja nanti, dah pegang duit sendiri. nak tengok konsert apa-apa pun tak kisah. sebab korang guna duit sendiri. totally duit tu hak korang. bukan pinjam.
No comments:
Post a Comment