assalamualaikum...
petang semalam around pukul 5 aku dengan roommate aku tunggu bas UiTM nak ke pasar malam Arau. senang sikit kalau pergi pasar malam naik bas UiTM sebab free of charge lah. tapi bila nak naik tu kene berebut sikit okay. kalau tak kena berdiri. actually niat sebenarnya nak pergi pasar malam ni pun sebab aku nak beli track suit baru. track suit yang ada sekarang ni pun dah tak ada rupa track suit dah pun. macam kain perca gamaknya.
so bila dah sampai, apa lagi mulakan operasi mencari track suit dan makanan. after dah habis berpusing kat pasar malam, then pergi C-Mart sebab nak beli Cool Blog dengan nak sembahyang Maghrib. senang sikit kalau dah sembahyang Maghrib siap-siap. nanti boleh balik lambat sikit. lepas semua barang-barang yang nak dibeli dah beli then kiteorang decide nak balik. kiteorang balik naik teksi sebab bas dah tak ada. tambang teksi sampai kedalam RM8. apa-apa pun aku berhabis duit almost over than RM50. padahal bapak aku baru masukkan duit pagi semalam. sikalang arr duit wa tinggal sikit saja. kalau mak wa taw arrr duit wa tinggal sikit saja habislah wa...nanti elaun kena potong lorh..
dalam bas on the way nak pergi pasar malam
riang ria di pasar malam
teringin nak beli durian tapi takut berbau satu rumah nanti
tudung murah sehelai RM5
roommate aku beli mee goreng dengan kuey teow goreng
aku beli track suit kat C-Mart. tulis je harga RM10 tapi bila bayar RM13..nampak sangat penipunya
aku beli banana ice blended
jangan lupa ibadah wajib iaitu solat. shopping pun shopping gak erk tapi jangan lupa ni okay
No comments:
Post a Comment