assalamualaikum...
Hai awak orang sekalian...kite tak boleh tidurlah then sekarang terhegeh-hegeh nak update blog. Okay abaikan itu ye..
Sekarang issue yang paling hangat macam pisang goreng panas ni ialah tentang Rebat RM200 untuk beli smartphone. Majoriti kawan-kawan kat universiti aku semuanya ambil peluang ini untuk beli handphone baru. Tapi bagi aku, aku tak ambil pun Rebat RM200 ni sebab aku rasa macam membazir je. Aku memang dah bersyukur dengan handphone yang aku ada sekarang. And one more thing, aku pulak bukan yang jenis minat gadjet-gadjet canggih macam ini.
Bila dalam kelas, kebanyakan kawan aku semuanya menggunakan smartphone macam iPhone, Blackberry, Samsung Galaxy Note II and I, Samsung Galaxy S dan sebagainya. Tapi aku cukup bersyukur dengan adanya Samsung Champ. Handphone ni cukup bermakna bagi aku. Asalkan boleh call orang, boleh mesej itu pun dah sangat-sangat mencukupi bagi aku. Aku tak kisah tentang software itulah software inilah..ada android segala bagai lagi....
Minggu lepas, aku ada dapat satu mesej daripada Maxis about this Rebat RM200. Bila aku check handphone apa yang ditawarkan...wow awesome, semuanya canggih manggih bagai. Ada iPhone 5, Samsung Galaxy S III, Samsung Galaxy Mini II dan banyak lagi. Pada mulanya terdetik juga nak beli handphone a.k.a smartphone ni, tapi bila fikir balik duit yang nak kena dikeluarkan semata-mata hendak memenuhkan kehendak diri sendiri, aku buat keputusan tak nak menggunakan peluang ini.
Walaupun duit PTPTN semester lepas ada lebih lagi, aku takkan sesekali nak bazirkan duit aku semata-mata nak beli handphone baru. Kebanyakan duit PTPTN aku dihabiskan dengan bayar duit sewa rumah, bil air, bil elektrik, nak print assignment, nak print past year lagi...dan sebagainya. Bagi aku, settlekan benda yang penting dulu, barulah hidup rasa aman dan tenteram
No comments:
Post a Comment