Assalamualaikum...
Actually seminar ini telah dijalankan pada bulan disember tahun lepas. Semua student Finance yang mengambil subject MGT538 diwajibkan untuk menghadiri majlis ini kerana seminar ini turut menyumbang percentage untuk carry mark. Kalau tak pergi, 5% markah carry mark burn macam tu je. Sangat merugikan okay.
Seminar ini telah dijalankan di Hotel Swiss Inn, Sungai Petani. Banyak sangat info yang aku dapat dari seminar ini. Speaker untuk seminar ini pun banyak memberi tunjuk ajar dan tidak lokek untuk berkongsi ilmu dengan students.
Antara info-info penting yang dapat dari seminar ini ialah :
1. IMEJ DIRI
- anggapan/persepsi diri kita terhadap bagaimana orang lain menilai diri kita.
- terjadi hasil dari kepercayaan kita terhadap diri sendiri
- berdasarkan pengalaman kejayaan dan kegagalan
- imej diri adalah harta yang paling bernilai bagi diri seseorang
2. IMEJ DIRI adalah gabungan antara
- rasa hormat dan bangga diri
- mesej yang disampaikan pada diri
- disiplin diri
3. YOU NEVER GET A SECOND CHANCE TO MAKE A 1ST IMPRESSION
4. PENAMPILAN DIRI
- cara membawa diri
- cara berpakaian
- cara bertuturan
- gerak geri
5. MEMBINA KETRAMPILAN BERIMEJ UNGGUL
- menjaga kesihatan
- menjaga diri
- pasang lagu kegemaran dan menyanyi
- jauhi cemburu dan hasad dengki
- elakkan putus asa
- sentiasa senyum
6. CARA BERPAKAIAN
- pakaian menggambarkan identiti pemakai
- pakaian hendaklah kena pada tempat dan masa
- pakaian dapat menunjukkan identiti satu-satu bangsa, suku kaum, agama, kemasyarakatan..
7. PERSONALITI YANG BAIK
- penampilan
- ekspresi
- kebijaksanaan
- emosi
- minat
- adaptasi sosial
8. ETIQUETTE
- make 1st impression but also forms long and lasting impression
Mesti dah bosan kan..so aku pun letakkan sedikit gambar masa hari kejadian ye
Untuk Ethics pulak, aku dan kawan-kawan yang lain diajar bagaimana hendak makan, minum, menggunakan sudu, garpu dan pisau dengan cara yang betul..Bila dah diajar baru aku tahu selama ini aku dah banyak buat kesalahan..Alhamdulillah..seminar ini telah banyak beri aku ilmu dan info, so dengan pengetahuan yang aku dapat dari seminar ini, aku dah bertambah yakin untuk muncul di publik dan juga semasa hendak makan di restoran dan hotel...
Ok..ada banyak benda lagi yang aku kongsikan dengan korang sekalian.
1. Dalam apa-apa majlis di hotel, mesti ada banyak meja kan. So meja yang disusun berdekatan dengan meja 'Tuan Rumah"...boleh assume yang tetamu yang akan duduk di meja itu merupakan orang yang penting. Kiranya macam VIP lah. Lagi jauh meja korang dari meja VIP..lagi kuranglah pentingnya korang.
2. Waiter, waitress dan chef akan suka layan korang kalau korang habiskan hidangan yang telah disajikan. Dan jangan lupa cakap TERIMA KASIH..Kalau korang berbuat demikian..Insyaallah hidangan makanan akan disajikan kat meja korang dulu..Tak mustahil hidangan korang tu agak special berbanding yang lain. Percayalah..sebab aku dah buat. Kawan yang lain dapat makan sepotong kek sahaja then bila nak tambah, chef tu cakap dah habis sedangkan aku dapat tambah kek banyak kali. Itu mungkin sebab makanan-makanan yang sebelum ni memang habis aku makan. Walaupun rasa makanan tu agak pelik, tapi aku bedal je..kawan-kawan yang lain pulak ada yang langsung tak sentuh makanan sebelum tu.
3. Boleh pergi tandas setelah hidangan yang ketiga disajikan..Jangan pergi tandas before tu. So, make sure korang tak ada apa-apa problem sebelum majlis bermula.
4. Speaker tu ada bagi tahu, jangan sesekali mintak gula atau garam masa makan. Agak macam sedikit tak beradab lah. Yang boleh mintak ialah air suam, air kosong atau lada sulah.
5. Misalnya kalau korang ditempatkan di meja VIP, bila ada tetamu wanita nak duduk..please guy jadi gentleman sikit. Tolong tarikkan kerusi agar tetamu wanita tu senang nak duduk. Then bila tetamu wanita tu nak pergi toilet..of course dia kena berdiri kan, so the guy also kena berdiri jugak. Kiranya macam respect lah.
6. Kalau yang perempuan bawak handbag (in case)..letakkan di belakang korang. Jangan sangkut kat kerusi ye
Pst:- banyak pulak aku membebel ye..
No comments:
Post a Comment