assalamualaikum...
hari jumaat lepas aku buat bingka pandan ni untuk minum petang. walaupun buat bingka pandan ni for the first time, alhamdulillah menjadi juga bingka pandan aku ni. aku dapat resepi bingka pandan ni dari laman web "My Resepi".
so ni adalah bahan-bahan nak buat bingka pandan :
1 cawan gula
1 cawan air pandan
2 cawan tepung gandum
450 ml santan
2 tsp butter
3 biji telur
1/2 tsp garam
pewarna hijau
bijan
cara - cara :
1. campurkan semua bahan, blend sampai sebati.
2. griskan minyak pada loyang.
3. panaskan loyang dalam oven dahulu.
4. tuang adunan dalam acuan dalam 3/4. lepas tu tabur bijan.
5. bakar pada suhu 180 darjah celcius sampai garing.
tapi masa nak buat ni ada bahan-bahan yang aku terlupa nak beli contohnya macam santan dan bijan. so aku guna fresh milk sebagai pengganti santan dan chocolate rice sebagai pengganti bijan. lepas tu, aku tak guna suhu yang dalam resepi ni. aku bakarkan guna suhu 200 darjah celcius selama 20 minit. adunan ni boleh dapat around 5 bingka pandan.
yang pasti, hasilnya memang terbaik :) ..
No comments:
Post a Comment